DAGING TETEL MASAK ASAM PEDAS
Bahan-bahan ( sekeluarga )
1 kilo daging tetel - direbus dlm 2 jam utk empukkan daging
1 bawang besar *
5- 6 bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu kecil lada hitam biji*
1sudu besar ketumbar biji*
1 sudu besar jintan kasar*
1 sudu besar jintan halus*
1 inci lengkuas *
2 buah keras*
1 inci kunyit hidup* ( blend bahan*)
1 sudu besar belacan **
20-30 cili kering **- direbus dulu dan toskan ( blend bahan** hingga lumat...isi sedikit minyak masak utk hancurkan biji cili kering)
8 batang serai - diketuk bagi hancur
2 sudu besar asam jawa - dicampur dgn air
minyak tuk menumis, garam dan gula
6 helai daun limau purut
2 biji tomato - dibelah 6
2 biji terung panjang/ bulat - dipotong jgn dibuang kulitnya
1 sudu besar kerisik
Cara Masak:
1. Tumis minyak sedikit....agak2 jgn byk sgt...nanti berminyak kuah dia...tumiskan bahan blend * hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi...bila dah agak kering airnya tumisan tadi...baru masukkan bahan blend **....masak sampai pecah minyak....macam masak asam pedas biasa.....
2. Bila dah pecah minyak...masukkan daging tetel yg telah direbus tadi bersama2 air rebusan daging....sebelum masukkan daging buang dulu minyak2 yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya tak berminyak sgt nanti kuahnye....masak sampai kuah didih dan masukkan air asam jawa.....tambah air kalau terasa kurang air.....masak lagi hingga daging betul2 dah lembut...kalau kurang air boleh tambah air lagi...
3. Bila dah empuk daging...masukkan kerisik, buah tomato dan terung. masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna ....kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik2...garam serta gula.....rasa kuahnya...kalau o.k boleh tutup api.......siap utk dihidangkan.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment