16 April 2015

PERANAN ISTERI YANG MENJAHANAMKAN SUAMI

share dari link fb ~Warga Prihatin

PERANAN ISTERI YANG MENJAHANAMKAN SUAMI

Sejak kebelakangan ini berlambak-lambak isu yang melibatkan suami dan ayah dayus. Anak-anak gadis dibiarkan saja digonggong keluar oleh teman lelakinya. Lebih menyedihkan ada yang merestui teman lelaki berminggu-minggu tidur sebilik dengan anak gadisnya di rumahnya sendiri biar apapun alasannya.

Semalam kami kongsikan isu hangat pasangan artis yang berkali-kali mengejutkan masyarakat dengan aksi ghairah, mendedahkan tubuh separuh bogelnya. Sang suami hanya berserah tanpa menampakkan ketegasan. Segalanya diletakkan atas alasan ‘demi kerjaya sebagai artis’.

Apabila isu rumahtangga sudah menjadi tatapan umum, maka ia akan bergelora dan dipenuhi badai. Akhirnya membuka ruang kepada syaitan untuk mengeruhkan keadaan hingga segalanya hancur. Apa tidaknya, kerana sentiasa direndam dalam suasana yang begitu kondusif untuk melakukan maksiat, sang suami mudah saja digoda oleh gadis-gadis seksi di sekitarnya. Taksub peminat dijadikan alasan.

Dengan peranan media, gelagat suami pula diketahui isteri. Walaupun kononnya para artis ini begitu ‘terbuka’ atau ‘sporting’, namun sebagai manusia, sikap cemburu pasti ada. Si isteri yang juga artis juga ada perasaan. Apabila melihat suaminya ‘berpegangan tangan’ atau berpelukan dengan gadis lain, pasti datang cemburunya.

Fenomena yang sama berlaku pada anak Amy Search yang break dengan pasangannya. Akhirnya masing-masing mula bertindak balas untuk menampakkan bukan kamu saja boleh buat, aku pun masih ‘laku’. Aku pun boleh buat benda yang sama. Dan begitulah seterusnya selagi masing-masing tidak kembali kepada fitrah hidup berumahtangga cara Islam.

KELUHAN ISTERI YANG MEMILIKI SUAMI ‘DAYUS’

Ini fenomena khusus yang ingin kami kongsikan hari ini. Kami ada terlalu banyak kes keretakan rumah tangga yang pada mulanya dilapurkan sang isteri bahawa suaminya tidak qowwam dan lembab. Kami biasanya tidak akan terus percaya dengan lapuran sebelah pihak. Kami akan minta kedua-duanya datang untuk diselidiki punca masalah sebenarnya.

Inilah peranan abal hakam yang bertindak adil bagi menyelesaikan masalah rumahtangga (QS:4/35). Biasanya isteri akan ditanya habis-habis oleh wakil murobbiah dan suaminya akan diwawancara oleh para murobbi RPWP. Mereka tidak boleh menipu kerana semuanya dirakam dan hujungnya kedua-dua pasangan ini akan disatukan dalam satu sesi bersama.

Antara dapatan kami ialah memang terlalu ramai suami yang sebenarnya tidak ‘siap’ untuk memikul peranan sebagai suami atau ayah. Mereka kurang ilmu dan malas belajar. Sesetengahnya malas bekerja dan kurang ambil tahu tentang hal ehwal rumahtangga. Semuanya diserahkan kepada isteri.

Satu lagi fenomena yang lebih menarik ialah bilamana sang isteri sendiri tidak siap untuk memainkan peranan sebagai isteri. Ego bujangnya terlalu tinggi dan tidak mahu tunduk mematuhi suami. Mereka ini terlalu dominan dalam rumahtangga sehingga membuatkan suaminya jadi ‘bodoh’ dan ‘lembab’.

Suami begini pula ada kelemahan tersendiri. ‘Inferiority complex’ amat menebal dalam diri. Biasanya mreka ini ada kelemahan diri yang dirasakan tidak sepadan untuk menguasai isteri. Biasanya terkait dengan taraf pendidikan, kemahiran hidup dan jumlah pendapatan yang kurang dari isteri.

Suami begini dengan mudah ‘menyerah diri’ untuk ‘dikuasai’ isteri bagi mengimbangi kekurangan diri berbanding isteri. Mulalah dia dengan rela dipalau untuk masak, kemas rumah, basuh kain, cuci berak anak, buat sarapan, pergi kedai beli makanan dan berbagai-bagai lagi. Ada yang sampai peringkat ditengking dan disuruh-suruh oleh isteri di depan ramai.

FATWA SONGSANG YANG MERUNTUHKAN INSTITUSI RUMAHTANGGA

Fenomena suami lembab dan isteri berkuasa ini amat meluas sekali. Situasi bertambah buruk apabila ramai ustaz celebriti yang mengambil peluang menyarankan para suami agar banyak melakukan kerja-kerja ‘suri rumah’ seperti di atas. 

Kami melihat isi ceramah begini hanya merosakkan institusi kekeluargaan. Ia tidak lain hanya ingin meraih populariti kerana ramai yang mendengar dan meminati isi ceramah begini adalah para isteri. Bahan ceramah itu dijaja untuk dijadikan alasan membenarkan tindakkan mereka terhadap suami. Maka ke lautlah kesemuanya.

Suami romantik amat baik sekali. Tetapi kempen para ustaz sekarang lebih mempromosikan agar suami jadi dayus bukan romantik lagi.

Banyak sekali riwayat-riwayat yang meragukan dijadikan bahan ceramah yang meloyakan diulang-ulang. Riwayat Nabi SAW mandi dalam bekas yang sama dengan Aisyah antara yang paling banyak dimainkan. 

Tiada masalah dengan isu romantik begini. Tetapi periwayatannya agak sedikit meragukan. Tahukah kita betapa penjimatnya Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menggunakan dana baitulmal yang diperuntukan untuk sara hidup mereka? Tahukah kita setiap hujung tahun baginda serahkan semula apa yang tidak habis dibelanja? Wajarkah nabi membazir air macam kita mandi di bath tab sekarang? Bukan macam pemimpin kita yang memang suka membazir dan bermegah-megah.

Rasulullah SAW menjahit, memasak makanan dan basuh pakaian sendiri juga dijaja. Wajarkah baginda sebagai seorang pemimpin agong dan mempunyai ramai isteri itu dibiarkan oleh para isteri baginda melakukan semua itu sendiri? 

Di mana mahu kita letakkan perintah baginda agar isteri menjadikan sajian kepada suami itu sebagai ibadah utama, walaupun sekadar air sejuk? Bagaimana perintah agar para isteri belajar menjahit untuk menyempurnakan pakaian keluarga? Mungkinkan isteri-isteri baginda sendiri pemalas atau mengingkarinya sehingga nabi kena buat sendiri semua itu?

Nabi tolong meringankan beban isteri kah? Atau isteri baginda uzur dan penat? Nanti dulu... Aishah r.a. itu anak dara sunti ketika dinikahi Nabi dan tiada anak pun. Dan ada ramai lagi isteri lain yang memainkan peranan isteri. Wajarkan nabi lakukan semua itu? Baca lagi penjelasan di bawah..

MESEJ MUTASYABIHAT YANG DIJADIKAN ISRAELIYAT

Terlalu banyak sunnah nabi yang dihadiskan mengikut bahasa code atau mutasyabihat yang disalah ertikan oleh umat akhir zaman ini. Isu ini mungkin terkait dengan riwayat roti jala yang baru diselesaikan persengketaannya namun belum dirungkai konflik ilmiahnya. 

Ada juga yang menjaja sunnah nabi makan guna tiga jari dan mulakan dengan 3 suap nasi kosong sebelum makan gulai. Anak darjah 3 pun boleh soal di mana logiknya nabi makan nasi guna 3 jari? Berapa banyak nasi boleh dicakup? Siapa tanam padi waktu itu? tetapi jika dikatakan nabi makan roti guna tiga jari mungkinlah masuk akal sedikit. Betul tak?

Apabila mutasyabihat tidak dirungkai takwilnya dengan tepat mengikut mahunya Allah, maka kita akan mengembangkannya menjadi israeliyat. Ini membawa umat kepada satu budaya yang merewang dan menyimpang. Kita tidak lain hanya dipenuhi angan-angan dan sangka-sangka dalam beragama. 

Amat jelas perintah Allah agar suami keluar mencari nafkah dan isteri duduk diam di rumah mengurus rumah tangga (QS:4/34, QS:33/33). Itu pembahagian tugas dan peranan insan yang telah Allah tetapkan bersesuaian dengan FITRAH biologi dan mindanya. Jangan kita ubah fitrah itu demi memenuhi selera kita (QS:30/30). Dengan pembahagian tugas itulah suami dan isteri boleh memenuhi peranan masing-masing dengan sebaiknya.

Sebenarnya dari segi mutasyabihat; menjahit dan membasuh pakaian itu adalah bagaimana nabi SAW mempersiapkan sistem kehidupan berdasarkan wahyu untuk DIPAKAI oleh umat baginda. Kerana itulah Allah perintah anak Adam agar memakai pakaian yang indah yang telah ALLAH BERIKAN ketika ke masjid. 

Pakaian indah itu ialah PAKAIAN TAKWA, sistem hidup yang perlu DITAKWIMKAN, bukannya pakaian yang kita beli sendiri di Maidin (QS:7/26). Itulah sistem hidup beragama yang telah nabi jahit dan sucikan untuk kita pakai. Segala unsur kemungkaran dalam carahidup kita nabi sucikan dahulu sebelum diserahkan kepada kita untuk dipakai. Ayat ini turun pada wahyu ke 4, sebelum fatihah diturunkan lagi.

QS: 74. Al Muddatstsir 2-6. “Bangunlah, maka berilah peringatan! Dan RABBmu dibesarkan! Dan pakaianmu bersihkanlah. Dan perbuatan dosa tinggalkanlah”

Demikian juga soal memasak makanan yang tidak pernah kita fikir mengapa ia dilakukan dalam bilik tidur? Nabi berperang dengan wahyu dan ilmu. Banyak pihak yang menyoal bahkan mencabar baginda dengan kejahilan. Ada setengahnya agak sukar untuk nabi MAKAN… orang sekarang kata “AKU TAK BOLEH MAKAN SI POLAN TU”. 

Jadi, sebelum menghadapi mereka nabi harus memasak dahulu fakta dan hujjah dalam bilik tidurnya sebelum keluar untuk mematahkan (MEMAKAN) hujjah mereka. Itulah secara mutasyabihatnya bagaimana nabi memasak dalam bilik tidur sebelum keluar. Itulah sajian makanan untuk mereka di masjid nanti sehingga Allah perintahkan “ makan dan minumlah kamu di masjid dan janganlah kamu berlebih lebihan”. (QS:7/31)

Yang menjadi masalah kepada ulamak dan penceramah kita sekarang ialah ilmu yang dikutip serba sedikit di universiti, bacaan kitab tulisan manusia dan di google itu dijaja bersandarkan sijil dan populariti mereka. Itulah tanda akhir zaman yang nabi kata ada “ulamak yang fasih, ada sedikit sahaja ilmu lalu mereka langsung menyampaikannya” lalu ia menyesatkan manusia.

Yang menjadi mangsa sekarang ini ialah umat yang jahil. Mereka mendengar siapa yang berkata bukan menimbang apa yang dikata. Lebih sadis lagi ialah fatwa larangan menggunakan akal sehingga isu mutasyabihat di israeliyatkan dan kita terima bulat-bulat. Itu jelas berlawanan dengan perintah Allah agar kita MENGGUNAKAN AKAL untuk membenarkan wahyu. Yang Allah larang ialah menggunakan akal untuk menyanggah perintah Allah dan RasulNya.

KESIMPULAN

Ada isteri yang memang sejak azalinya 'bossy' dan suka menguasai suami. Tetapi kami juga dapati ada isteri yang memaksa suami melakukan kerja suri rumah kerana kononnya ingin mengikut sunnah sepertimana diceramah oleh ustaz-ustaz celebriti ini. 

Allah itu bergantung kepada sangkaan hambaNya. Besar dan agungnya Allah di jiwa kita bergantung sejauh mana kita membesar dan mengagungkanNya. Semua itu memerlukan ilmu dan faham sehingga kita benar-benar kenal Allah. Kerana itu dikatakan "Awal Dien itu mengenal/arif makrifat Allah". 

Orang Amazon itu tiada Allah dalam diri mereka, kerana itu Allah tidak besar langsung pada mereka kerana mereka tidak tahu/jahil tentang Allah. Begitulah Allah dalam diri kita jika tanpa ilmu tentangNya.

Demikian juga raja, perdana menteri dan suami kita yang berperanan sebagai RABB (PENGATUR) bagi diri kita, keluarga, masyarakat dan negara. Kehebatan mereka bergantung kepada sejauh mana kita mendaulatkan dan mematuhi mereka. Kita jugalah yang mendaulatkan raja dengan lafaz "Daulat Tuanku", mendaulatkan MB, PM, TPM dengan YAB, mendaulatkan suami dengan panggilan abang dan sebagainya. 

Jangan komplain suami anda tidak qowwam, lembik, lemah canguk dan sebagainya jika anda sendiri suka membuli dan ‘menguasai’ dia. Anda panggil dia dengan panggilan nama, 'awak' dan sebagainya. Nak panggil ABANG pada suami pun berat. Anda suka-suka komplain tentang suami anda dan jatuhkan martabat dia pada orang ramai, kondem di facebook, depan anak-anak, depan keluarga dan adik beradik anda. 

Begitulah juga halnya dengan situasi pemimpin kita sekarang. Cuba lihat komen-komen di FB YAB DS Najib, Perdana menteri kita. Rasanya sekitar 80% mengutuk, memaki, mencarut yang bukan-bukan. Islam mengajarkan teguran berhemah dan pertemuan khusus untuk menegur pemimpin. Bukan secara publik. Apatah lagi dengan maki hamun. 

Untuk mengatasi masalah ini, suami, pemimpin keluarga dan negara harus beri ruang untuk rakyat mengutarakan saranan atau teguran dengan berhemah secara tertutup. Dan apabila disampaikan maklumbalas dan teguran, harus dibahas dengan ilmu, bukan dijawab dan dinafikan dengan jawapan yang bersifat kebudak-budakan yang menyakitkan hati rakyat.

'Suami dayus tidak akan mencium bau syurga'. Antara ciri suami dayus ialah tidak cemburu pada isteri dan anak perempuannya yang keluar rumah. Ada syurgakah atau jadi nerakakah rumahtangga jika isteri ditemui menjual tubuh bahkan 'tidur' dengan jantan lain semasa kerja? Anak pula hamil sebelum nikah atau ditangkap buat jenayah? Jangan dinafi isu ini kerana kami ada TERLALU BANYAK BUKTI.

Buatlah apa yang telah difitrahkan Allah melalui penciptaannya. Jangan harap suami boleh mengandung, menyusukan anak, bahkan mampu menandingi sifat keibuan sang isteri dalam mengurus rumahtangga. 

Jangan harap akan sejahtera jika suami hanya melengkar tidur sahaja di rumah macam ular sawa dan isteri dipalau keluar bekerja mencari nafkah, membetulkan kereta, lampu rumah atau dinding yang pecah dan sebagainya.

Kudap Munakahat,

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment