15 April 2015

Air detox atau infused detox water

 share dari link fb ~ Legacy Secret Trading added 3 new photos.
Assalamualaikum semua...
Air detox atau infused detox water ni memang amat di gemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menguruskan badan. Ia sangat berkesan, menjimatkan duit dan sangat mudah di sediakan.
Air Detox
Bahan yang di gunakan untuk menghasilakn air detox ini bergantung pada individu mengikut citarasa masing-masing. Ada yang menggunakan lemon, halia, serai, daun pudina, oren, timun, berry, anggur, epal, kulit kayu manis dan banyak lagi..
Kelebihan air detox
1. Mengukuhkan sistem imun
2. Mengelakkan sembelit
3. menurunkan berat badan
4. Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah
5. Meningkatkan tenaga
6. Membersih dan membina semula sel
7. Mencantikkan kulit dan wajah
Kombinasi menarik untuk membuat air detox
Buat air macam ni pun ok juga
Cara menyediakan air detox
1. Potong bahan-bahan yang ingin di gunakan mengikut citarasa anda sendiri.
2. Masukkan ke dalam jag dan tambahkan ketulan ais.
3. Isi air masak sebanyak 1 liter dan tutup jag berkenaan
4. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, inilah pilihan yang paling tepat. Hanya minum sahaja. Tapi awas!! Bersiap sedialah ke tandas ye...
Selamat mencuba! 
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment