30 April 2015

Mereka yang singkat ilmu di dalam pengajian hadith

 share dari link fb ~ Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari added 16 new photos.
Mereka yang singkat ilmu di dalam pengajian hadith ;
1) Melihat hadith dhaif samataraf dengan hadith palsu dan lebih suka menggunakan akal berbanding hadith dhaif yang lebih disukai oleh para ulama dalam beramal.
2) Membataskan kesahihan hadith kepada Al-Albani dan beberapa orang tokoh mereka yang tidak sampai kepada kedudukan muhaddith apalagi Al-Hafiz di dalam bidang hadith.
3) Meninggalkan riwayat Imam-Imam hadith yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith mereka beserta sanad mereka sendiri kerana menganggap hadith itu palsu.
4) Membataskan kefahaman hadith kepada maksud zahir tanpa merujuk kepada fiqhul hadith.
5) Tidak dapat membezakan di antara sahih makna hadith dan dhaif riwayat. Mereka membuang hadith yang lemah riwayat sekalipun maknanya sahih.
6) Membataskan hadith sahih hanya kepada kitab hadith Bukhari dan Muslim sahaja itupun selepas disaring mengikut kehendak mereka.
7) Tidak dapat membezakan hadith yang digunapakai di dalam menetapkan hukum hakam dan yang digunapakai di dalam fadhail, targhib dan tarhib oleh para ulama'.
8) Menganggap Imam Syafie R.A bukan ahlul hadith sedangkan beliau digelar sebagai Ansorussunnah pada zamannya.
9) Mengambil hukum fiqh terus daripada hadith tanpa merujuk kepada perbahasan ulama' mazahib dan kaedah-kaedah syara' yang ditetapkan oleh para ulama' bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith.
10) Meninggalkan sanad dirayah hadith yang diambil daripada dada-dada para ulama' muktabar.
Gambar adalah sebahagian kecil daripada puluhan ribu kitab-kitab berkaitan dengan ilmu hadith yang ada di dalam khazanah Ilmu Islam.
Mohd Al-Amin B Daud Al-Azhari
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment