02 December 2015

MINUMAN SELEPAS PERIOD

share dari link fb ~ Nudara..Seanggun Dara

MINUMAN SELEPAS PERIOD 

BAHAN2

halia ( anggaran besar ibu jari ) 
kunyit ( anggaran besar ibu jari )
serai ( dua batang )
daun pandan (2 helai )
gula batu atau madu ( ikut tekak ) 
air 3 cawan

tambahan jika perlu :::
:::: sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan
::::: manjakani ( 1biji ) utk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai utk anak dara

===============

basuh bahan dan rebus semua bahan 

3 cawan air hingga jd 1 cawan air
tak perlu di potong / di hiris ( kalau nak hiris pun terpulang )
selepas air dah kering mjd 1 cawan tutup api minum ketika suam (tak perlu di blend)

kelebihan minuman ni 
😍
menbersihkan rahim selepas period
mengeluarkan angin 
😍
anti kanser
😍
 memecahkan lemak2
😍
 mengurangkan masalah bau badan
😍
 kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni
👉
🏼
👉
🏼minum sebulan sekali selepas period saja
# boleh di minum oleh anak dara . mak dara 
ibu nyusu ( ikut kesesuaian bayi )
tidak sesuai utk IBU MENGANDUNG 

===

SEDAP KE ?? rasa apa ?
👉
🏼 tak rasa apa2 malah air ni wangi ( sbb sesuai utk bau badan ) ada gula batu di jamin tak pahit 
😊
 tp halia jgn lbeh2 nnt rasa pedas lak
jika anda tambah manjakani SUMPAH PAHIT GILA 
😂😂😂
 kalau tak tambah ok je
-------
boleh amalkan if period tak teratur .tapi SEBULAN SEKALI SAJA uolss jgn nak buat bnyk kali ye dlm sbulan. minuman ni mmang utk sebulan sekali saja.. Sebab penggunaan manjakani, sireh , kunyit yg berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dlm erti kata lain cepat monopous. Umur 40an da monopous. Xnak yeeee ,, petua ni elok utk badan..tp kalau lbehan efek bdan lak.sama mcm ubat

======

pendapat peribadi :

dah 3bulan amal minum ni . mmang bdan rasa ringan , sendawa besar . bau badan pun berkurang . rasa sihat je
aku mmang suka amal benda mcm ni lbeh percaya cara lama dri ubat2 kalau libatkan dalaman .

selamat beramal ! 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

NASI BUKHARA KAMBING

 share dari link fb ~ Masakan Arab 


NASI BUKHARA KAMBING
Kambing direbus

1KG BERAS (3 pot susu), 
30 gram/ 1 sdb Rempah Masala, 
500 ml air stok,500 ml air biasa, 
40 gram minyak sapi

Bahan A

Air stok kambing, 
tomato cincang/ potong dadu, 
daun pandan, 
daun bay, 
daun pudina, 
garam, 
gulabatu 2 ketul (untuk berkilat) .


Masukkan semua bahan dalam periuk bersama air stok dan masak sehingga mendidih.

Bahan B

Tumis rempah 4 sekawan di dalam minyak sapi yang telah dipanaskan. 
Kemudian masukkan halia yang dipotong spt batang mancis, bawang putih mayang, masukkan sedikit air stok, dan rempahmasala . Bila mendidih tambahkan gula.

Masukkan Bahan B dalam Bahan A (di dalam periuk) . Bila mendidih masukkan beras. Masak nasi separuh masak. dan pindahkan ke rice cooker.

Bila nasi masak, masukkan daging kambing, badam / kismis dan gaul. Tabur bwang goreng/ daun ketumbar/ daun pudina
SEKARANG BOLEH LE MAKAN NASI BUKHARI KAMBING..
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

24 November 2015

Akhlak Sang Rasul; "Ar-Rifaaq adalah orang yang lemah lembut dan dapat kawal marahnya........"

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Akhlak Sang Rasul; "Ar-Rifaaq adalah orang yang lemah lembut dan dapat kawal marahnya. Kalau dia tahan marah tapi matanya melotot macam ni terbeliak atau memalingkan mukanya. Yang itu belum lemah-lembut lagi. Orang yang lemah-lembut senyum ketika dia marah. Coba kalau bisa boleh." 

"Bahkan ini memang yang diajar Rasulullah ﷺ, sampai bila kita akan jadikan semua ini kisah indah yang kita dengar, tanpa ada praktikalnya dengan kita? Kalau tidak kita akan menjadi pembaca dan pendengar setia, bukan pelaksana kepada apa yang kita dengar. Fahimtum? 

"Kita belajar untuk kita praktis, bukan untuk dengar saja. Mudah-mudahan kita semua yang hadir diberi kekuatan untuk kawal kepada hawa nafsu, jangan sampai hawa nafsu kawal kepada kita. Kita tidak diperhambakan oleh nafsu tapi kita memperhambakan hawa nafsu supaya kita jadi hamba kepada Allah سبحانه و تعالى."

"Mulakan untuk bersikap lemah-lembut dengan diam dahulu. Zaman sekarang ini zaman orang panas baran. Orang lebih mengkedepankan sikap panas baran berbanding sikap lemah-lembut. Anasir di sekeliling mengundang untuk kita lebih mengkedepankan emosi berbanding diam sebelum mengambil sikap lemah-lembut." 

"Mulakan bersikap lemah-lembut dengan diam dulu. Usaha untuk tidak mudah melenting bila diusik. Bila ada rasa nak marah, fikir dulu. Aku marah ini atas tindakan apa? Adakah sebabnya untuk marah itu benar? Rasulullah ﷺ beri nasihat untuk tidak marah, sehingga tiga kali."

"Bagaimana untuk tidak marah sedangkan marah itu salah satu sifat semulajadi manusia? Marah itu bukan tidak boleh tapi yang tidak boleh ialah marah pada tempat yang dia tak perlu marah, atau marah yang bukan pada tempatnya. Marah pada tempat yang dibenarkan silakan saja. Nabi ﷺ juga marah, tapi marah nabi bukan mcm kita. Nabi ﷺ tak marah perkara berkaitan hak dirinya, tapi bila hak Allah سبحانه و تعالى dilanggar, Rasulullah ﷺ akan marah."

"Dizaman Rasulullah ﷺ, satu kisah seorang Badawi masuk buang air kecil dalam masjid. Orang Badwi ialah orang kampung yang tak tahu kemuliaan masjid. Dia datang buang air kecil yang mungkin perkara biasa di tempatnya. Melihat itu sahabat ingin marah, tapi Rasulullah ﷺ larang dan suruh biarkan dia menyelesaikan hajatnya."

"Kata baginda; “Saya diutuskan untuk memudahkan.” Yakni kalau ada najis, siram dan bersihkan. Kenapa nak susah-susah bergaduh? Dipukul atau dibelasah. Bersihkan saja dan akan selesai masalah. Muka sahabat melotot mata terbeliak melihat perbuatan Badwi itu. Badwi itu pun kehairanan."

"Kita orang Islam perlu menyikapi dengan sikap yang benar kepada orang yang tidak tahu kehormatan masjid. Kalau tengok orang bukan Islam masuk dengan aurat yang terbuka. Kita jangan marah-marah dulu, mungkin dia tak tahu."

"Kenapa tak mengambil pengajaran dari kisah Rasulullah ﷺ dan Badwi ini? Badwi ini bukan hanya nampak sedikit aurat tapi nampak terus auratnya yang itu. Nabi ﷺ mengukur orang mengikut pengetahuannya. Badwi ini, dia tak tahu jadi perlu diberitahu."

"Orang bukan Islam yang tak mengerti, kita yang perlu beritahu kepada mereka. Kalau kita marah-marah, mereka pun akan terkejut kenapa dimarahi. Justeru akan jauh daripada islam. Rasulullah ﷺ pun menerangkan pada Badwi itu, dan dia berjanji tak akan mengulanginya."

"Kemudian, Badwi minta angkat tangan untuk berdoa dan kata; “Ya Allah ampunkan aku dan Rasulullah ﷺ, yang lain jangan.” Sikap ini menunjukkan bagaimana sikap tidak betul akan mengundang sikap tidak betul yang lain pula. Nabi ﷺ sebagai pendidik menunjukkan bagaimana baginda mendidik kepada sahabat dan kepada Badwi itu juga."

"Rasulullah ﷺ kemudian berkata pada Badwi; “Kamu jangan sempitkan benda yang luas.” Yakni doa itu luas, jangan sempitkan untuk dia dan Rasulullah ﷺ saja, tetapi masukkan semua sekali. Dan kita perlu ambil sedikit daripada contoh akhlak Rasulullah ﷺ ini. Dalam riwayat lain kita disuruh berwudhuk jika marah kerana ianya datang daripada syaitan."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Biar tak menyentap. Lebih baik menyentuh hati.

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Biar tak menyentap. Lebih baik menyentuh hati.

Kami diajarkan daripada guru-guru kami dengan mengajak manusia kepada kebaikan dengan kasih sayang. Allah memerintahkan kita untuk menuturkan kata-kata yang baik kepada musuhNya. Ketika Nabi Musa AS dan saudaranya Nabi Harun bertemu Firaun, Allah mengingatkan mereka: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia sudah melampaui batas. Maka hendaklah kamu berdua berbicara kepadanya dengan kata-kata lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut.” (Taha 20: 43-44)

Bayangkan, kepada Firaun, manusia terkutuk itu pun Allah masih memerintahkan rasul-Nya menggunakan bahasa yang lemah lembut. Jika manusia sejahat itu pun perlu disantuni dengan kata-kata yang lemah lembut apatah lagi kepada umat Islam dan bukan Islam yang tentunya tidak sejahat Firaun. Mengapa? Allah menjawab, “mudah-mudahan dia beringat atau takut.” Dengan hikmah.

Apakah niat kita ketika melakukan sedemikian? Adakah kita merasakan kita lebih baik daripada orang yang kita dakwah itu. Jika itulah yang kita rasai maka kita perlu muhasabah diri. Kerana takut-takut orang yang kita dakwah itu lebih jauh daripada agama. Maka siapa yang akan dipersalahkan nanti?

Cuba kita lihat cara dan gaya ulama-ulama dahulu menulis kitab-kitab mereka. Khususnya ulama-ulama tasawuf. Dalam kitab mereka. Kita akan terasa betapa cinta dan kasih sayangnya mereka kepada siapa yang membaca tulisan mereka. Ini kerana nada, gaya, ayat dan bahasa yang digunakan penuh bujukan, teguran yang seolah-olah membelai pembaca. Sehingga… apabila kita membacanya terasa mereka bagaikan ayah, ibu, sahabat atau teman yang paling akrab. Tulisan mereka menyelinap masuk ke dalam lubuk hati tanpa kita sedari. Tidak ada bentakan, cemuhan dan kata-kata yang menggores hati.

Bahasa itu jiwa bangsa. Demikian kata orang yang bijaksana. Apabila jiwa dipenuhi kasih-sayang dan kemesraan bahasa akan jadi lunak, halus serta indah. Percakapan atau tulisan yang sedemikian akan menggugah rasa dan begitu indah apabila didengar dan dibaca. Gaya yang sebegini sebenarnya lebih upaya untuk membina kebenaran dan meruntuhkan kebatilan dalam diri manusia. 

Ia umpama akar, lunak dan perlahan tetapi tidak ada tanah walau sekeras mana mampu menahan tusukannya. Ia umpama air, lembut tetapi tidak ada tembok yang dapat menahan alirannya. Ditahan di atas, air akan mengalir ke bawah. Disekat di bawah, air terus mengalir lalu melimpah dari atas. Begitu bahasa yang penuh kasih sayang… ia adalah satu kuasa yang kuat dan dahsyat. Ia dapat meleburkan kejahilan sekali gus melenturkan kedegilan. Jika ditulis dengan bahasa kasih sayang, InsyaAllah yang membaca akan rasa bersalah bukan dipersalahkan 

Bahasa dan kata yang lembut bukan hanya mampu menundukkan akal tetapi juga dapat menakluki hati. Hujah yang dibalut mahabbah rasa cinta adalah jalan untuk menggamit hidayah. Berbeza dengan hujah yang benar tetapi kasar… mampu menundukkan akal tetapi gagal menawan hati. Lalu yang jahil tetap berdegil, bukan kerana tidak tahu, tetapi tidak mahu. 

Bahasa yang kasar sekalipun benar, tetap menyakitkan. Apabila mendengar atau membaca tulisan yang sebegini diri terasa dipersalahkan. Namun jika kebenaran dapat disampaikan dengan lunak dan mesra, akan menimbulkan rasa bersalah dalam diri pendengar atau pembaca. Berbeza sekali impak rasa bersalah dan dipersalahkan. Orang yang rasa bersalah…akan akur dan berubah. Sebaliknya, orang yang rasa dipersalahkan akan bangun menentang sekalipun tahu mereka bersalah. 

Malah dalam budaya Melayu yang terkenal dengan sifat sopan santunnya, pendekatan yang keras dan kasar difikirkan semula. Ini kerana budaya bangsa yang tidak bertentangan dengan Islam (malah dalam konteks ini sejajar) wajar dikekalkan malah disuburkan. Peribahasa Melayu mengungkapkan, “ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.” Maksudnya, perlu satu kebijaksanaan, kelembutan dan sikap berhati-hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Biar kasar asalkan benar. Tidak mengapa ‘biadab’ asalkan menyentap. Dua prinsip ini rasanya tidak sesuai untuk dibudayakan dalam masyarakat yang menjunjung tinggi nilai-nilai murni. Mungkin sekali-sekala, ada kewajarannya. Namun bukan untuk dijadikan kebiasaan pada setiap masa dan ketika. Lihatlah betapa beradabnya Allah dalam ketika menggunakan istilah ‘menyentuh’ merujuk kepada maksud bersetubuh di dalam Al Quran. Betapa tinggi bahasa dan adab.

Justeru, tidak boleh terpengaruh dengan prinsip ‘tujuan menghalalkan cara’ dalam penulisan Islam. Mesej yang benar mesti disampaikan dengan cara yang benar. Bukan hanya tujuan yang diambil kira tetapi jalan menujunya juga sangat dipentingkan. Dalam menyampaikan kebenaran Allah mengingatkan, agar tidak menggunakan pendekatan yang keras dan kasar. Firman Allah: ”Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu.” (3:159) Sebaliknya Allah memerintahkan kita menggunakan pendekatan yang lemah-lembut.” FirmanNya:”Hendaklah kamu berlaku lemah lembut. Janganlah kamu berlaku kasar.” (Ali Imran: 159) 

Al-faqir ilallah

Raudhatul muhibbin
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Ibadah Bangun Malam


share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Ibadah Bangun Malam; "Mari kita usahakan untuk bangun malam beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى setiap hari. Walaupun hanya menunaikan solat sunat dua rakaat yang ringkas. Kerana waktu sepertiga malam ini adalah suatu waktu yang tersangat istimewa bagi seseorang hamba itu bersama dengan tuhan-Nya."

"Orang orang yang mengetahui dan merasakan kelazatannya. Maka mereka mengatakan tidak ada suatu waktu yang lebih mereka cintai melainkan setelah tibanya waktu malam dan tiada waktu yang lebih menyedihkan apabila terbitnya fajar. Sesungguhnya ilmu itu adalah untuk diamalkan."

"Teramat rugilah bagi mereka yang mengetahui tetapi tidak mengamalkan apa yang mereka ketahui. Imam Al-Ghazali Rah mengatakan; "Seandainya ilmu semata-mata itu cukup bagi engkau dan tidak perlu kepada amalan maka tidak ada faedahnya seruan suci di tengah malam." 

"Al-Imam Al-Ghazali ingin mengesa kepada para penuntut ilmu untuk mereka mengamalkan ilmu yang mereka perolehi. Di antara amalan ke atas ilmu tersebut adalah ilmu mengenai kelebihan fadhilat solat malam qiamullai, ilmu mengenai bagaimana Nabi ﷺ bertahajjud sampai bengkak-bengkak kakinya." 

"Dan sehingga Saidatina Aisyah r.a bertanya; "Ya Rasulullah. Bukankah engkau ini telah diampunkan Allah dosa-dosa mu yang telah lepas dan dosa-dosa mu yang akan datang? Mengapa kamu perlu beribadah kepada Allah pada malam-malam sebegini sehingga bengkak-bengkak kakimu?"

"Maka Rasulullah ﷺ mengatakan; "Bukankah aku ini ingin menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى." Demikian keadaan manusia yang dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى yang dijamin Syurga oleh Allah سبحانه وتعالى Penghulu kepada seluruh manusia tetapi Baginda Rasulullah ﷺ yang dosanya telah pun diampunkan yang maksum."

"Akan tetapi beristighfar kepada Allah setiap hari tidak kurang daripada tujuh puluh kali. Di dalam hadis Rasulullah ﷺ mengatakan; " Pada akhir malam. Allah سبحانه وتعالى turun ke langit dunia setiap malam seraya menyerukan; "Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkannya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya Aku akan memberikannya."

"Dan barangsiapa yang memohon keampunan kepada-Ku nescaya Aku akan mengampuninya."
Oleh kerana itu bagi mereka orang-orang soleh. Mereka akan berusaha supaya tidak meninggalkan solat malam qiamuallai. Ulama mengatakan " Waktu malam qiamuallai adalah perjalanan orang-orang soleh." Kerana apa?"

"Kerana orang-orang soleh mereka menginginkan suatu bentuk hubungan yang intim yang di dalamnya bermunajat kepada Allah yang di dalamnya berbisik-bisik dengan Allah yang di dalamnya dia menangis di hadapan Allah menyesal di atas segala dosa-dosa, kesalahan dan kelalaian yang dilakukan."

"Mereka merasakan ini merupakan suatu waktu yang bernilai yang mahal di sisi Allah سبحانه وتعالى yang mana ianya adalah kurniaan yang besar daripada Allah سبحانه وتعالى kerana waktu malam adalah suatu waktu yang ramai manusia sedang sedap lena dalam tidurnya. Jadi mereka yang terjaga di waktu malam yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk solat malam ini merupakan suatu nikmat yang begitu besar."

"Saidina Abdullah Ibnu Salam r.a. mengatakan; "Pada waktu pertama sekali Rasulullah ﷺ datang ke Madinah. Hadis yang pertama yang aku dengar daripada Rasulullah ﷺ adalah; " Wahai sekalian manusia. Hendaklah kamu sebarkan salam, hendaklah kamu menjamu dengan memberi makan kepada orang, hendaklah kamu hubungkan silaturrahim dan hendaklah kalian sembahyang pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur nescaya kalian akan masuk ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera."

"Ulama mengatakan; " Mereka yang dapat bangun malam kedinginan malam itu akan lebih memberi kesan impak yang kuat kepada rohaninya kepada batinnya. Bagaimana kita ingin cepat bermusyahadah? Hati kita bermusyahadah menyaksikan Allah maka dengan bangun malam solat malam yang mana ianya lebih hampir kepada keikhlasan."

"Dan ianya akan menzahirkan keabdian seorang hamba kepada Rabb-Nya yang mana ianya akan membantu seseorang itu untuk menghidupkan hatinya bercahaya hatinya." Dan Sufyan As-Sauri Rah mengatakan; "Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى telah menciptakan satu angin yang berhembus di waktu sahur untuk membawa zikir dan istighfar kepada Tuhan Raja Yang Maha Perkasa."

"Dan beliau berkata lagi; " Apabila bermula malam maka memanggillah suatu pemanggil Malaikat daripada bawah Arasy; "Hendaklah bangkit Para Abidin yakni orang-orang yang banyak beribadat. Maka mereka pun bangkit dan terus bersembahyang dengan sembahyang yang banyak.
Dan apabila sudah berlalu separuh malam maka memanggil pula suatu pemanggil Malaikat."

"Hendaklah bangkit Para Qanitin yakni orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadat. Maka mereka pun bangkit dan terus bersembahyang sehingga sampai ke waktu sahur.
Dan apabila datang waktu sahur maka memanggil pula suatu pemanggil Malaikat."

"Hendaklah bangkit Para Mustaghfirin yakni orang-orang yang mahu beristighfar. Lalu mereka pun bangkit dan terus beristighfar. Dan apabila fajar sudah naik menyinsing maka memangillah oleh suatu pemanggil Malaikat." Hendaklah bangkit golongan Ghafilin yakni orang-orang yang lalai."

"Lalu mereka pun bangkit daripada hamparan mereka laksana orang mati yang dibangkitkan daripada kubur mereka. Sungguh rugi mereka yang berada dalam golongan ini. Sebagaimana yang diwasiatkan oleh Lukman Al-Hakim kepada anaknya yang mengatakan; "Wahai anakku yang tercinta. Janganlah sampai ayam jantan itu lebih bijak daripada engkau.."

"Ia berkokok di waktu sahur mengejutkan orang untuk bangun sembahyang sedangkan engkau masih tidur lagi. Bagaimana seorang yang mendakwa cinta kepada Allah سبحانه وتعالى tapi dia tinggalkan waktu malam yang Allah سبحانه وتعالى inginkan suatu bentuk keintiman bersama dengan hamba-hamba-Nya."

"Oleh kerana itu, kita perlulah untuk berusaha bangun malam qiamuallai. Biarpun kita hanya bangun untuk solat dua rakaat ringkas sahaja kerana sesuatu yang disukai oleh Allah سبحانه وتعالى adalah amalan yang sedikit tetapi ianya istiqomah daripada kita melakukan banyak amalan pada hari ini tetapi selepas itu kita tinggalkan sedikit demi sedikit. Disebabkan itu kita tak mampu untuk melaksanakannya, kita pula kena usahakannya."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

FUNGSI TOMBOL WINDOWS

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

FUNGSI TOMBOL WINDOWS 


1. Kalau kamu mau meninggalkan mejamu sebentar, kamu bisa menekan tombol Windows dan tahan kemudian tekan L, dengan begini layar kamu akan terkunci dengan sendirinya, tidak perlu khawatir ada yang menyalahgunakan komputermu.


2. Ketika mau cari dokumen, orang biasa akan membuka "my computer". Bagi professional, dia akan menekan tombol windows+E, dan kamu akan langsung masuk ke PC Manager.

3. Bos kamu datang ketika kamu main game! Bagaimana? Jangan gegabah! Langsung tekan windows+D, kamu akan langsung masuk ke dekstopmu!

4. Trik – trik yang mewah, tekan windows +tab, layar kamu akan terganti menjadi 3D

5. Alat perekam di dalam windows. Tekan saja windows+R dan ketik psr.exe, setelah itu kamu bisa langsung memulai rekaman.

6. Windows +R dan masukan osk, layar kamu akan muncul keyboard virtual!

7. Gambar / tulisan di layar terlalu kecil, tekan windows ditambah "+" atau"-" ,dan kaca pembesar akan muncul di layar, kamu bisa memperbesar atau memperkecil gambar di layar!

8. Sekarang ini computer kita banyak program, contohnya ID, dan kita akan membuka banyak halaman di browser kita. Dengan ctrl+Tab, kamu bisa menukar halaman di browsermu. Dan tekan ctrl+w, kamu bisa langsung menutup halaman yang sedang dibuka.

9. Ctrl+Esc memunculkan layar Start

10. alt+space+c menutup halaman yang sedang dibuka.

Semoga Bermanfaat.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

23 November 2015

Jauhkan diri dari sifat mementingkan diri sendiri yakni sifat 'keakuan'

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Sifat Keakuan Diri; "Didalam agama kita, adalah suatu yang tercela. Apabila kita memandang mana-mana makhluk Allah سبحانه وتعالى, dengan pandangan yang rendah. Pandangan yang hina. Ianya adalah suatu yang tercela. Sepatutnya kita melihat kepada diri kita. Kita yang merendahkan diri kita. Sifat merendah diri adalah sifat orang-orang soleh."

"Agama ini adalah agama yang beradab kepada Allah سبحانه وتعالى, maka janganlah kamu merasa takabbur. Janganlah kamu merasa lebih baik, lebih besar daripada makhluk yang lain hatta seekor anjing kurap sekalipon."

"Kamu tidak akan mencapai hakikat tasawuf itu sendiri, jika kamu masih melihat diri kamu lebih baik daripada orang lain. Hakikat diri kamu sendiri adalah fana, binasa, perish. Dalam diri kamu itu tiada apa apa. Allah سبحانه وتعالى yang menciptakan kamu. Yang ada, hanyalah Allah سبحانه وتعالى."

"Antara kriteria yang ada pada mereka yang merasa keakuan diri mereka adalah yang suka merasa diri mereka lebih baik daripada orang lain. Sifat ananiyah. Sifat keakuan diri. Mereka merasa megah dengan kealiman yang ada pada diri mereka, berasa diri mereka lebih hebat daripada manusia yang lain."

"Ada yang mengatakan meraka ini ahli neraka. Mereka ini ahli maksiat. Mereka ini masuk neraka. Sedangkan kamu tidak tahu kesudahan hidup kamu. Samaada husnul atau suul khatimah. Adakah kamu dapat mengetahui kesudahan hidup kamu? Adakah kamu mengetahui apa yang termaktub didalam luh mahfuz? Sudah tentu tidak."

"Didalam Al-Quran Allah سبحانه وتعالى mengatakan; "Dan Allah lah yang sentiasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya kejalan yang lurus." Kita sendiri tidak tahu kesudahan hidup kita. Dan jika pada diri orang lain ada sembilan puluh sembilan kejahatan tetapi ada satu sahaja kebaikan pada dirinya, mari kita tengok satu kebaikan pada dirinya itu."

"Lupakan sembilan puluh sembilan kejahatan yang ada padanya, maka kita akan bersangka baik dengan manusia lain. Imam Al-Ghazali mengatakan; "Jika aku melihat seorang pemaksiat, aku masih lagi bersangka baik kepadanya. Boleh jadi akhir hayatnya, dia bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan Allah سبحانه وتعالى, mengampunkan segala dosa-dosanya. Taubat yang dilakukan kerana berdosa itu cukuplah hanya sekali, akan tetapi taubat kerana ketaatan itu perlukan dengan seribu kali taubat."

"Sifat ananiyah perlu dirawat. Mereka didalam angan-angan. Aku yang soleh, aku yang baik, aku yang alim, aku yang buat semua ini. Semua aku, aku. Semuanya adalah berpunca dari segala sifat keakuan diri sendiri iaitu dipanggil sebagai hawa nafsu didalam diri manusia. Tidak akan masuk syurga orang yang ada sifat takabur didalam dirinya walau sebesar zarah sekalipon. Jadi, mari kita lihat diri kita sendiri."

"'Ulama Tarbiyyah mengatakan tanda kejahilan dan kebodohan seseorang itu dengan sebenar-benar kebodohan, apabila dia memandang dirinya lebih baik daripada orang lain dan dia merasa sombong dan dia mempercayai apa yang diperkatakan kepada dirinya daripada orang lain."

"Dan dia meninggalkan apa yang telah menjadi keyakinanan pada dirinya. Dia tahu kalau orang mengatakan apakah yang dilakukan dibelakang tabir, sudah tentu orang akan ludah kepada mukanya, orang tidak akan mendengar perkataannya.
Tapi dalam pada itu, dia mempercayai orang lain kata dia bagus, dia soleh, dia ni baik dan sebagainya."

"Sehingga pandangan dan alam dan pemikirannya percaya kepada apa yang diperkatakan orang dan meninggalkan apa yang telah menjadi keyakinan dia sendiri tahu mengenai dirinya sendiri. Maka terhadap pujian yang diberikan daripada orang lain, Kita nak ada adab daripada hati kita."

"Yang pertama, Ya Allah aku tau aku tidak layak untuk pujian ini. Yang kedua, kita aminkan. Ya Allah, diatas sangkaan baik orang lain terhadap aku. Ya Allah Kau realisasikanlah ini, Kau sempurnakan diatas sangkaan baik manusia lain ke atas diri aku. Diatas sangkaan baik mereka kepadaku terhadap kemulian telah Engkau berikan. Semoga ia benar-benar ada pada diri aku. Kita berdoa."

"Allah سبحانه وتعالى kurniakan kita dua mata. Satu mata untuk melihat kebaikan orang lain, dan satu mata lagi untuk melihat keburukan diri kita sendiri. Dan semua orang mengetahui bahawa masing-masing ada keaiban diri, masing-masing ada zaman kegelapan yang orang lain tidak tahu."

"Akan Tetapi Allah سبحانه وتعالى masih tutup lagi keaiban itu, kegelapan itu daripada mata orang lain, daripada pengetahuan orang lain. Jika kamu memahami perkara tersebut, bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada orang lain?"

"Bagaimana Kamu boleh menganggap diri kamu lebih baik dari orang lain? Sedangkan kamu juga mempunyai aib. Maha suci Allah yang menutup aib manusia. Mana mungkin kamu melihat akan sedemikian, kamu juga mempunyai aib seperti mereka. Orang lain juga bukan Nabi. Mereka juga bukan Rasul, bukan Malaikat."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/
share dari link blog ~ http://myibrah.com/kisah-akhir-zaman
An-Nawwas bin Sim’an r.a berkata: Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w menyampaikan hal ehwal Dajjal. Kadang-kadang suara baginda terdengar mendatar dan kadang-kadang keras, sehingga kami mengira Dajjal berada di sekitar kebun Madinah. Ketika kami kembali, baginda mengetahui ada sesuatu yang sedang kami fikirkan. Baginda bertanya: Ada apa dengan kalian? Kami menjawab: Wahai Rasulullah s.a.w, pagi tadi engkau menyebut perihal Dajjal, kadang-kadang suaramu terdengar mendatar dan kadang-kadang keras, sehingga kami mengira Dajjal berada di sekitar kebun yang ada di sini. Baginda bersabda: Bukan Dajjal yang paling aku takutkan akan memperdayai kalian, sebab jika Dajjal muncul di saat aku masih hidup, maka aku akan mengatasinya langsung dan menjaga kalian darinya. Dan jika ia muncul ketika aku telah tiada, maka setiap orang akan dapat mengatasinya dengan mudah, Allah lah yang akan mengambil perananku untuk menjaga setiap muslim.
Sesungguhnya saat muncul, Dajjal adalah seorang pemuda berambut sangat kerinting, matanya menonjol keluar, seperti mirip dengan Abdul ‘Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kalian yang melihatnya, maka hendaknya membacakan ayat-ayat pertama surah Al-Kahfi. Ia muncul di sebuah jalan yang terletak antara Syam dan Iraq, lalu membuat kerosakan di kanan dan di kiri. Wahai hamba-hamba Allah, bertahanlah.
Kami bertanya: Wahai Rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi? Baginda menjawab: Empat puluh hari. Sehari seperti setahun, sehari lagi seperti sebulan, sehari lagi seperti seminggu dan hari-hari yang lainnya sana seperti hari-hari yang biasa kamu alami. Kami berkata: Wahai Rasulullah, tentang satu hari yang sama seperti setahun, apakah kami cukup melakukan solat seperti hari biasa (lima kali sepanjang tahun)? Baginda menjawab: Tidak, akan tetapi perkirakanlah jarak waktunya.
Kami berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana kecepatan perjalanan Dajjal di bumi? Baginda menjawab: Seperti hujan yang ditiup angin. Dajjal mendatangi sesuatu kaum dan mengajak mereka agar menjadi pengikutnya. Mereka pun beriman dengannya dan mahu menjadi pengikutnya. Saat itu juga Dajjal menyuruh awan untuk menurunkan hujan , maka turunlah hujan, dan menyuruh bumi untuk menumbuhkan tanam-tanaman sehingga haiwan-haiwan peliharaan kaum tersebut bertambah besar, susunya bertambah banyak dan badannya bertambah gemuk.
Kemudian Dajjal mendatangi kaum yang lain, dia mengajak mereka agar menjadi pengikutnya, tapi mereka menolak. Setelah Dajjal meninggalkan mereka, maka pada pagi harinya tanah mereka menjadi kering dan harta mereka musnah. Dajjal melewati tempat peninggalan yang lama, lalu berkata: Keluarkanlah harta yang terpendam di tanahmu! Maka keluarlah harta Qarun yang terpendam di dalamnya dan mengikuti Dajjal seperti lebah-lebah jantan yang mengikuti ratunya.
Setelah itu Dajjal memanggil seorang anak muda belia, lalu menebaskan pedangnya ke arah tubuh pemuda tersebut hingga terbelah menjadi dua dengan tepat sekali. Setelah pemuda itu dihidupkan kembali, Dajjal memanggilnya lagi dan mengajaknya agar menjadi pengikutnya. Sang pemuda hanya menghadap kepadanya dengan wajah yang tampak tegar dan ketawa. [Dalam hadith lain dikisahkan bahawa setelah pemuda itu dihidupkan, maka dia lebih yakin bahawa Dajjal itu pembohong yang besar lalu diberitahu kepada orang ramai akan siapa Dajjal. Pemuda itu akhirnya dicampakkan ke dalam kobaran api yang disangkakan oleh pengikut Dajjal adalah neraka, padahal pemuda itu masuk syurga].
Dalam keadaan seperti itulah Allah Ta’ala mengirimkan Isa a.s putera Maryam. Isa turun di Manarah Baidha’ yang terletak di sebelah timur Kota Damaskus dengan memakai dua pakaian yang dicelup. Dia meletakkan tangannya di celah-celah sayap dua malaikat. Jika Isa menundukkan kepalanya, maka titik-titik air jatuh darinya dan apabila mengangkat tegak kepalanya, maka bercucurlah air darinya seperti butir-butir mutiara yang jatuh.
Setiap orang kafir yang merasakan hembusan nafasnya akan mati padahal hembusan nafasnya menyebar sejauh mata memandang. Isa mengejar Dajjal sampai menemukannya di daerah Bab Ludd dan membunuhnya di sana. Kemudian Isa mendatangi suatu kaum yang telah dijaga oleh Allah dari kejahatan Dajjal. Isa mengusap wajah mereka dan menerangkan kedudukan-kedudukan mereka di syurga. Dalam keadaan seperti itu Allah mewahyukan kepada Isa a.s: “Sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu (manusia) yang sangat kuat sehingga tidak ada yang sanggup berperang melawan mereka. Kerana itu, bawalah hamba-hambaKu yang taat ke gunung Thur dan berlindunglah di sana.”
Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj. Mereka bergerak dengan cepat dari segala arah. Kelompok mereka yang berada di garis depan melewati danau Thabariyah dan meminum airnya. Ketika kelompok di garis belakang tiba, mereka berkata: Sebelumnya danau ini masih penuh dengan air.
Nabi Isa dan para pengikutnya dikepung. Keadaan mereka semakin memprihatinkan sehingga satu kepala lembu yang ada di tangan mereka lebih berharga dari seratus dinar yang ada di tangan kalian saat ini. Nabi Isa a.s dan para pengikutnya berdoa kepada Allah Ta’ala. Maka Allah menjadikan ulat pada leher Yakjuj dan Makjuj sehingga esoknya mereka semua mati sekaligus.
Isa a.s dan para pengikutnya turun dari gunung, tapi seluruh tempat di daerah tersebut penuh dengan mayat dan menyebarkan bau busuk yang menyengat. Nabi Isa a.s dan para pengikutnya berdoa kepada Allah Ta’ala, maka Allah mengirimkan burung-burung besar seperti leher unta yang mengambil mayat-mayat bangsa Yakjuj dan Makjuj dan melemparkannya di tempat-tempat yang dikehendaki Allah. Lalu Allah menurunkan hujan yang sangat deras dan meliputi seluruh kota dan pendalaman sehingga tanah menjadi bersih dan licin. Kemudian dikatakan kepada bumi: Keluarkanlah buahmu dan kembalikan berkahmu.
Di masa itu sekelompok masyarakat boleh memakan buah delima dan menggunakan kulitnya untuk melindungi kepala dari sengatan matahari. Susu pun menjadi berkah sehingga susu seekor unta cukup untuk diminum oleh sekelompok masyarakat. Susu seekor lembu cukup untuk diminum oleh satu kabilah (suku) dan susu seekor kambing cukup diminum oleh sekelompok keluarga besar. Dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang sangat menyegarkan dan menghembus di bawah ketiak mereka. Bersamaan dengan hembusannya, Malaikat mencabut nyawa setiap orang mukmin dan muslim, sehingga yang tersisa di bumi adalah orang-orang yang bergelumang dengan dosa. Mereka biasa berzina di tempat terbuka seperti keldai. merekalah yang mengalami kejadian Hari Kiamat.
(Hadith Riwayat Muslim)
Sumber: http://www.syahirul.com/
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

AYAT PENGERAK

share dari link fb ~ Zonkuliah
AYAT PENGERAK


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya



Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;


• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.


Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan


Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita. 


Terhindar Daripada Sihir


Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati. 


Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau. 


Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.


Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus


Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. 


Youtube, untuk dengar bacaan:http://www.youtube.com/watch?v=DgeJV_fyuKw



blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/