30 June 2014

[Keberkatan Sahur: Masa Untuk Istighfar]

share dari link fb ~ Al-Kahfi

[Keberkatan Sahur: Masa Untuk Istighfar]

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (18)
Pada waktu sahur, mereka memohon keampunan/beristighfar

Gunalah waktu bersahur untuk memohon keampunan Allah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم 
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

إِذَا مَضَى شَطْرُ اللَّيْلِ أَوْ ثُلُثَاهُ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ 
Apabila telah berlalu separuh atau dua pertiga malam. Allah Turun ke langit dunia. Lalu Dia berkata: 

هَلْ مِنْ سَائِلٍ يُعْطَى 
Adakah sesiapa yang meminta agar dapat diberikan?

هَلْ مِنْ دَاعٍ يُسْتَجَابُ لَهُ 
Adakah sesiapa yang berdoa agar dapat dikabulkan?

هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ يُغْفَرُ لَهُ 
Adakah sesiapa yang memohon keampunan agar dapat diampuni?

حَتَّى يَنْفَجِرَ الصُّبْحُ
sehinggalah masuk waktu Subuh.
[Sahih Muslim, Kitab al-Solat, hadis no: 1658]


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Sama2 kita amalkan ~ Zikir Ramadhan


share dari link fb ~Islam Itu Indah

Sama2 kita amalkan 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

28 June 2014

Doa - Niat Puasa dan berbuka puasa



share dari link fb ~Ceramah Agama

Berkata Guru Mulia Shaykh Zainul 'Asri q.s

“ Ramadhan ni maknanya panas terik. Kenapa
Ramadhan ni panas? Sebab ALLAH nak
leburkan dosa-dosa kita.. ”

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Resepi Biskut Bunga Cina (dahlia susu)

share dari link fb ~Tahrunnisah Jali


Resepi Biskut Bunga Cina (dahlia susu) rangup tapi cair dimulut.. tak raya lagi dah nak abis..anak2 saya suka sangat..resepi dari kak Reen Khan Shariff biskut kak reen lg comel....(semoga Allah memberikan barakah kepada kehidupan akak ye) http://reenkhan7067.blogspot.com/2013/07/semperit-susu-aka-dahlia-susu.html



BAHAN BAHAN


250GM BUTTER

1/2 TIN SUSU PEKAT


100GM TEPUNG UBI*

450 GM TEPUNG JAGUNG* * campur kedua2 tepung dan diayak terlebih dahulu

1 SUDU TEH ESEN VANILA


hiasan ceri yang dipotong kecil


caranya


butter dan susu pekat di pukul guna mixer @ hand whisk pun boleh..jgn pukul terlalu lama kata kak reen...agak2 butter dan susu pekat sebati je..kalau pukul kembang nanti hasilnya biskut jadi kembang


kemudian masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung tadi..uli biar sebati


guna acuan semperit masukkan sedikit dlm acuan ..resepi ni mmg senang sangat nak keluar..press kannya atas dulang pembakar..


panaskan terlebih dahulu oven anda (suhu 160c selama 10 minit) 

kemudian bakar la biskut ni dlm 15-18 minit saya guna api atas bawah.. kak reen guna api bawah je.. keluarkan tunggu ia sejuk sedikit baru alihkan ..sbb time panas angkat nanti ia mudah pecah..tunggu sejuk baru masuk dlm balang
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Semarak Ramadhan

share dari link fb ~Ceramah Online


[Mutiara Nasihat]

Dunia hanya kesenangan sementara, tetapi kita buru setiap masa.

Akhirat adalah kesenangan selamanya, tetapi kita buru sambil lewa sahaja.

Moga Ramadhan yang bakal tiba, kita nanti sepenuh cinta.

[myilham.com]

Aamiin.


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Resepi rendang daging homemade






share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali 

Resepi rendang daging homemade request dr seorang teman


1 kg daging lembu dipotong kecil (ikut kesuaian) 
1 mgkuk santan pekat
2 biji bawang besar sederhana**
3 ulas bawang putih**
3 batang serai**
sedikit halia, **
sedikit lengkuas**
cili kisar ikut kepedasan yang disukai
sedikit kunyit hidup (optional nak isi boleh taknak isi pun boleh)**
3@ 4 biji cili api (ni pun optional kalau suka pedas menyengat boleh taruk)**
air asam jawa sedikit
2 sudu besar kerisik
garam dan gula

*bahan yg digoreng tanpa minyak sebentar kemudian di kisar halus
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
6 biji buah pelaga
sebatang kulit kayu manis pecah2 kan dulu guna lesung senang nak blend nanti
sedikit bunga cengkih
sedikit bunga lawang

* bahan utk dihiris halus
daun kunyit dan daun limau purut

caranya
1. kisar bahan bertanda ** hingga hancur (isi sedikit air senang kerjanya) dan kisar juga bahan penumis hingga halus
2. panaskan kuali..isi sedikit minyak..kemudian tumis bahan yang bertanda ** hingga naik bau dan pecah minyak..kemudian masukkan bahan penumis yang dikisar halus tadi.. masak sehingga ia pecah minyak dan agak lama ye dan sedikit kering...(dikuatiri nanti sakit perut baik tumis lama2 sikit)
3. kemudian masukkan daging ..masak sehingga empuk..masukkan santan pekat tadi ...biarkan ia agak kering dan masukkan kerisik, air asam jawa sedikit beserta garam dan gula..dan daun kunyit dan daun limau purut..masak sehingga empuk (terpulang pada anda inginkan rendang yang kering atau ada kuah)


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

23 June 2014

Resepi Puding Diplomate

share dari link fb ~Resepi Buat Puding

Resepi Puding Diplomate


Bahan-Bahan:

1 liter susu
7 biji telur
250 gm gula
50 gm kismis 50 gm kulit limau (dihiris halus)
50 gm ceri merah
Esen vanila

Cara:
Pukul telur, gula dan vanila. Kemudian masukkan susu dan kacau rata. Masukkan kismis dan ceri yang dihiris serta hirisan kulit limau ke dalam bekas mengukus. Tuangkan adunan telur dan susu ke dalam pengukus tadi dan kukus 45 minit menggunakan kepanasan 350C.




blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Carrot cake simple

share dari link fb ~Buku Resepi
 
Carrot cake simple
Oleh:Cahaya Alia Redzwan

Bahan - bahan :
250 gm butter cup
250 gm gula aising
250 tepung gandum
5 biji telur gred b
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil susu pekat
1 biji carrot yang di parut. 

Cara - caranya :
Ayak tepung gandum & baking powder. 
Di dalam bekas mixer , masukkan butter bersama gula aising yg telah di ayak terlebih dahulu. Pukul hingga sebati dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi..tak kembang sangat pn tak apa. Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat. Mixer lagi hingga sebati. Perlahankan mixer dan masukkan tepung gandum separuh dahulu. Di ulang dengan masukkan carrot yang telah diparut. Sebatikn adunan dan habiskan lebihan tepung tadi. Mixer lagi dalam 5 minit dan sedia untuk di bakar. Masa membakar ikut oven masing2 yer. Kalau Alia, bekas kecil macam ni 200°c selama 30 minit. Api atas dan bawah.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

20 June 2014

Samperit

share dari link fb ~Kak YamYusriza Kb

Ni resepi nya jgn bg hilang tau...
1 ketul buttercup 250 g
3/4 cwn gula icing
1cwn tpg kastard
11/2 cwn tpg jagung
2 cwn tpg gandum
1 bj kuning telur 
1 sdk esen vanila
Buter gula esen vanila n telur d gaul hingga sebati jgn lama2 nt bunga akan mengembang naa...just guna senduk kayu je
Masukan tpg kastad tpg jagung n tpg gandum jika doh lembut just tambah tepeun gandum sikit hingga x melekat di jari jgn terlebih sudah nanti doh keras ssh nk tekan ...ok 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Saya bertanya, "Kenapa perlu dibasuh telur itu?"

share dari link fb ~Pakar diari hati


Sewaktu singgah makan di Restoran Sri Keningau, Putatan tadi, terpandang seorang pekerjanya sedang membasuh telur ayam.

Saya bertanya, "Kenapa perlu dibasuh telur itu?"

Dia menjawab, "Hilangkan najis. Kalau dibuat roti canai, nanti bercampur dengan tahi ayam, sebab itu perlu dibasuh."

**********************
Benar! Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Jika kita makan makanan yang haram dalam keadaan kita sedar ia haram maka kita akan berdosa di samping hati kita turut gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubahat itu kita makan, tanpa diketahui ianya haram dan syubahat maka tidak berdosa tetapi hati kita yang terbina dari makanan itu tetap akan gelap.

sumber : Ustaz Mohd Fadli Yusof




blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

BUBUR JAGUNG

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

BUBUR JAGUNG

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
5-6 sudu besar gula (ikut manis)
1 mangkuk kecil santan pekat
1- 1 1/2 mangkuk kecil air
2 helai daun pandan disimpul
1/4sudu teh garam (optional)
segenggam sagu dibilas dan toskan(optional)

Cara-cara
Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)
Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak.

fyi:- bubur ni berwarna putih. bagi mereka yg suka warna bolehlah
menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket. Nampak menarik sikit, hehe..

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

NAMA - NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

share dari link fb ~Islam Itu Indah


NAMA - NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

Nama-nama Malaikat dan tugasnya ada 10, yakni :
1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu
2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala
4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup
5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia
6) Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
7) Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayit di alam kubur ( Barzah )
8) Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayit di alam kubur ( Barzah )
9) Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka
10) Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga




blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

19 June 2014

YA HAIYYU 'YA QOIYYUM..

share dari link fb ~ PONDOK HABIB

YA HAIYYU 'YA QOIYYUM..

Imam Al-Ghazali r.a mengatakan : Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (YA HAIYYU 'YA QOIYYUM - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"

Dari Anas bin Malik r.a bahawa dia mendengar Nabi Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda kepada Fatimah r.a.h yang bermaksud:

“Apa yang menghalangimu untuk mendengarkan nasihatku, bacalah ketika pagi dan petang hari: Ya Haiyyu 'Ya Qoiyyum Birahmatika…..(sehingga habis).”

(Riwayat Nasa’i, Al-Bazzar & Al-Hakim)
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

12 June 2014

Rendang Kerang

share dari link fb ~Resepi Bonda

Rendang Kerang

Bahan:
2kg kerang direbus dan buang kulit
5 batang serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit cili api*

2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut
garam, aji & gula

Cara:
kisar bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga naik bau..
masukkan santan.. asam keping.. garam.. gula.. aji.. dan kerisik..
kacau hingga kuah menjadi pekat..
masukkan kerang dan kacau lagi
masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit..
siap..!!
sedia untuk dihidang..
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Resepi otak-otak kempas


share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali ~ 

Permintaan anak teruna saya... otak-otak...dah lama katanya tak makan ditanya otak2 tanjung lumpur ke atau otak2 kempas? katanya yang rasa kenyal2 dan warna merah..agak lama tak merasa 14 thn lepas di larkin masa belajar kat sana..siap tempah ngan pakcik tu setiap jumaat tuk buat balik kuantan.. sbb tu anak sulung tau otak2 ni.. siap suruh dia pi amik kat pantai daun kelapa semata2 nak buat otak2 kempas ni..Alhamdulillah hasilnya mmg kenyal ...lps ni boleh plak buat otak2 pantai timur..
Resepi otak-otak kempas

500gm ikan tenggiri amik isi nya sahaja
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk cili babas atau nak rasa lbh pedas tambah lagi
1 biji bawang besar sederhana*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 batang serai dipotong halus*
1 sudu kecil ketumbar ditumbuk halus
3 biji buah keras direndam dulu ditumbuk halus
1/2 cawan santan
sedikit garam
sedikit gula 
sebiji telor
2 sudu tpg jagung yang dibancuh sedikit air
3 sudu minyak masak tuk menumis

caranya
1. isi ikan tenggiri dikisar halus- ketepikan
2. satukan bahan bertanda dan kisar halus
3. tumbuk ketumbar dan buah keras hingga hancur
4. satukan kedua2 bahan diatas dan masukkan santan, 
5. tumis bahan2 diatas dgn sedikit minyak tumis sehingga pecah minyak, masukkan garam dan gula ..serta masukkan santan ..dan masukkan tpg jagung yang dibancuh sedikit air..kacau hingga sebati dan sedikit pekat dan angkat..bab ni guna api perlahan ye takut hangus nanti dan sentiasa kacau
6. sejukkan bahan yang telah digoreng dahulu kemudian masukkan isi ikan tenggiri yang dikisar halus.. serta telor dan masukkan garam dan gula.. otak2 ni tak manis sangat ye..kacau sebati
7. sediakan daun kelapa potong 9 inci..masukkan adunan ikan pada daun kelapa ambil satu lagi daun kelapa untuk menutup otak2 kita ye. tutup bertindih antara kedua-dua daun tuu. selitkan pencungkil gigi hujung nya.. 
8. siap tuk dibakar
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/