27 October 2012

KEHEBATAN ZIKIR SURAH AS-SYURA AYAT 19

KEHEBATAN ZIKIR SURAH AS-SYURA AYAT 19

Amalan Asas Rezeki 4 Penjuru Alam adalah mewiridkan asma' Ya Latif sebanyak 129 kali dan Surah As-Syura ayat 19 sebanyak 9 kali. Wirid ini dilakukan selepas subuh & maghrib setiap hari. Untuk permulaa

n sebagai asas tetaplah istiqamah 41 hari berturut-turut.Insyallah akan merasai perubahan dalam urusan rezeki.

Bagi yang sudah berkeluarga, si suami praktikkan lepas solat dan sewaktu mahu keluar rumah dengan membacakan ke ubun-ubun si isteri Ya Latif 7 kali, Surah Al-Insyirah sekali dan Surah As-Syura ayat 19 sebanyak 7 kali kemudian tiup dan kucup dahi si isteri. Insya Allah, hati si isteri akan sentiasa lembut dengan si suami dan begitu juga sebaliknya.

Segala yang baik datangnya dari ALLAH. Kemudhartan dan manfaat juga datang dariNYA. Ikhlaskan hati dan redhalah apa yang ALLAH tentukan buatmu

5 comments:

  1. Tq..amat berguna utk kesejahteraan keluarga

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak2.. moga Allah melimpahkan rahmat ke atas mu dan keluarga mu

    ReplyDelete