05 October 2012

DOA AGAR DIBERIKAN KESABARAN MENGHADAPI KERENAH MANUSIA



shared dari link sahabat fb Izinkan Saya Share's photo.
DOA AGAR DIBERIKAN KESABARAN MENGHADAPI KERENAH MANUSIA

rabbanaa afrigh 'alaynaa shabran watsabbit aqdaamanaa waunshurnaa 'alaa alqawmi alkaafiriina

Maksudnya: 

“Wahai Tuhan kami, limpahkan sabar kepada kami dan teguhkan tapak pendirian kami serta menangkan kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah Al-Baqarah 2:250)

Amalan:

Ayat ini merupakan doa orang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah melimpahkan kepada mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu. Perkataan limpahkan ini menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air. Sabar dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya. (Tafsir al-Sawi)

Oleh sebab itu, para jemaah haji dan umrah perlulah banyak bersabar ketika berhadapan dengan ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t. Bacalah doa ini untuk mendapat kekuatan dalam melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, Telaga Biru Sdn Bhd. 

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu no 42.

Jom Tag & Kongsikan...

No comments:

Post a Comment