03 September 2012

‎~*~ Amalan Payung Rasulullah ( laqad Jaakum ) ~*~

share dari -- Syarifah Rokiah Alkhired
‎~*~ Amalan Payung Rasulullah   ( laqad Jaakum ) ~*~
Ayat ini daripada Surah-At-Taubah-ayat-128-129

Amalan Payung Rasulullah (laqad Jaakum)
Barangsiapa yg membaca ayat ini dengan izin Allah maka tidak lah ia binasa oleh senjata tajam dan mati kecuali terlupa membacanya atau telah tiba ajalnya..hendaklah diamalkan bacaannya sebanyak 3x,9x,11x atau dlm bilangan ganjil..sesudah solat

Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAalaykum bialmumineena raoofun raheemun


Fain tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huwa AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAatheemi

Surah At-Taubah : 128 : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

129 : Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

http://wagheih.blogspot.com/2011/10/amalan-payung-rasulullah-laqad-jaakum.html

9 comments:

  1. mkasih udah share.. berguna sekali.

    www.kaligrafiart.com

    ReplyDelete
  2. setahu saya apakah harus puasa dahulu sebelum mengamalkannya,

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Saya pernah membaca ayat ini ketika dikelilingi oleh orang orang cina bersenjatakan kayu dan botol di satu tempat sunyi. Ketika itu, mungkin baru lepas pergaduhan. Rakan rakan saya telah beredar meninggalkan saya. Saya menjadi tenang dan mereka teragak agak memukul saya walaupun botol kaca telah dihalakan ingin menghentak kekepala saya. Setelah beberapa minit, baru rakan rakan saya datang kembali. Mereka seramai satu lori melepaskan kami lalu beredar. Alhamdulillah, kami bertiga terlepas dari bencana diserang.

    ReplyDelete
  4. Minta izin amal muga Puan dirahmati Allah selamnya. Selawat

    ReplyDelete
  5. Salam izinkan ana amalkan tuan. To Solawat

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum ... Izinkan saya menggunakan nya... Untuk amalan harian

    ReplyDelete
  7. sangat bermanfaat, pertambahan ilmu moga dirahmati Allah.s.w.t

    sampaikan pedsanku walaupun sepotong ayat >>
    http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/wahai-anakku-ingatlah-pesanan-ini.html

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah semoga ianya menjadi amalan buat kita semua dan memberi manfaat kepada kita..saya sendiri pun belum dpt amalkan...sebab tu saya masukkan dlm blog dulu takut hilang...inshaaALLAH kita sama2 amalkan.

    ReplyDelete