14 October 2012

Saling berpesan dan menasihati:


Saling berpesan dan menasihati:

Sesungguhnya seorang yang IKHLAS memberi nasihat terhadap
kawannya tanpa sebarang rasa dendam atau tanpa ada sebarang
unsur penipuan di dalamnya akan diangkat darjatnya oleh Allah.

Sebagaimana yang dinukilkan oleh Bisyr Ibni al-Haris yang bermaksud:

" Saya melihat Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda:
'Wahai Bisr, apakah engkau tahu mengapa Allah mengangkat darjatmu
di antara teman-temanmu?"

Dia menjawab : "Tidak Tahu".
Lalu Rasulullah bersabda:

"Kerana kamu mengikuti sunnahku, kamu melayan orang soleh, kemudian menasihati saudara-saudaramu, kamu mencintai sahabat-sahabatku dan
keluarga rumahku. Inilah yang dapat menyampaikanmu pada DARJAT
orang abrar yang berbuat kebaikan."

[Sumber:
Syeikh Ibnu Hajar al-Asqalani, 'Petunjuk Jalan Menuju Syurga',ms: 371]

No comments:

Post a Comment