28 April 2015

Toksin Benzene (bahaya sebelum hidupkan aircond kereta dalam suhu panas)

 share dari link fb ~Annuar Rizal
Toksin Benzene
Kepada setiap pengguna Aircond kereta, berikut ini info sangat penting & MESTI DIBACA, demi menjaga KESIHATAN!
Buku Panduan kereta mengesyorkan kita untuk menurunkan cermin tingkap supaya membiarkan semua udara panas keluar sebelum menghidupkan Aircond. MENGAPA?
Tidak hairanlah ramai orang yang mati akibat kanser berbanding sebelum ini. Kita tertanya-tanya dari mana punca datangnya masalah ini.. tetapi di sini ada satu contoh yang menjelaskan antara punca yang menyebabkan kanser.
Ramai orang akan berada di dalam kereta mereka sejak awal waktu pagi sehingga pada waktu malam, dalam tempoh 7 hari seminggu.
Ingat, JANGAN terus hidupkan Air-cond sebaik sahaja anda memasuki kereta.
SILA Buka tingkap selepas anda memasuki kereta anda dan kemudian selepas beberapa minit, hidupkan Air-cond.
Sebabnya: 
Menurut kajian, dash board kereta, kerusi, saluran air-cond, SEMUA objek plastik ini di dalam kenderaan anda sebenarnya akan membebaskan gas Benzene, yang menyebabkan toksin Kanser..
Sila ambil masa untuk mengesan bau plastik yang dibebaskan di dalam kereta anda apabila anda membukanya, dan SEBELUM anda menghidupkan enjin.
Selain menyebabkan kanser, gas Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anaemia dan mengurangkan sel-sel darah putih. Pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan Leukemia dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser. Ia juga boleh menyebabkan keguguran pada wanita hamil.
Tahap selamat Benzene dalam rumah adalah: 50mg bagi setiap kaki persegi
Sebuah kereta yang diletakkan di dalam rumah, dengan tingkap tertutup, akan mengandungi 400-800 mg Benzene - 8 kali melebihi tahap yang selamat.
Jika diletakkan di luar rumah terdedah kepada sinar matahari, pada suhu melebihi 60 F, tahap gas Benzene akan meningkat ke paras 2000-4000 mg, 40 kali melebihi paras yang selamat.
Orang yang masuk ke dalam kereta, membiarkan cermin tingkap tertutup, akhirnya akan menyedut kadar berlebihan toksin benzene.
Benzene adalah toksin yang menjejaskan buah pinggang dan hati. Apa yang lebih teruk lagi, ia adalah amat sukar untuk badan anda untuk menyahkan bahan toksik ini.
Oleh itu, sila buka cermin tingkap dan pintu kereta anda - memberikan sedikit masa untuk pertukaran udara keluar.
- (demi mengelakkan hal-hal yang boleh membawa risiko kanser) - sebelum anda memasuki kenderaan.
Perhatian: 
Apabila seseorang berkongsi sesuatu info yang bernilai dengan anda dan anda mendapat manfaat daripadanya, anda mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain. 
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment