13 April 2015

Kek Keju Vanila

share dari link fb ~Recipe Cake Secret

Kek Keju Vanila

BAHAN-BAHAN:

1 liter krim keju
225 ml yogurt segar
250 gm gula aising
110 gm tepung jagung
60 gm susu tepung
4 biji telur
1 biji kulit lemon | diparut halus
1 biji kacang vanilla | dibelah dua dan diambil bijinya
750 ml air suam

Bahan A (MERINGUE):

65 gm putih telur
65 gm tepung kastor

Bahan B (LAPISAN BAWAH):

50gm biskut | dikisar kasar
50gm mentega

CARA MEMASAK:

Panaskan ketuhar pada suhu 150°c.
Satukan krim keju, gula aising, telur, biji vanila dan kulit lemon ke dalam mesin pengadun elektrik dan putar sehingga kembang.
Kemudian masukkan tepung jagung, susu tepung dan yogurt segar. Kacau sehingga rata.
Seterusnya masukkan bahan A yang telah dipukul sehingga menjadi buih putih yang ringan terlebih dahulu ke dalam adunan krim keju tadi. Sebatikan. Asingkan.
Untuk membuat bahan B iaitu bahagian lapisan bawah, masukkan biskut yang telah dikisar ke dalam mangkuk adunan dan masukkan mentega. Kacau sebati.
Setelah itu, tuangkan bahan B ke dalam acuan dan diikuti adunan kek keju.
Masukkan air suam ke dalam dulang pembakar dan letakkan acuan kek keju ke dalam dulang berisi air tadi.
Akhir sekali, bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment