29 April 2015

AYAM GORENG TELUR MASIN

share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

AYAM GORENG TELUR MASIN

Bahan-bahan:

Sebelah ayam dipotong kecil. Perap ayam dengan: 2 ulas bawang putih tumbuk Sedikit halia tumbuk Sesudu minyak bijan 2 sudu sos tiram Sedikit garam 

Bahan salut: 

2 biji telor masin (ambil kuningnya sahaja dan lenyek hancur) 
2 bijio telor ayam (ambil kuning sahaja, pukul dengan garfu) 
2 sudu butter + sesudu minyak masak 
Sedikit daun kari 
Sedikit cili padi potong 

Cara:

Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan. Di dalam kuali lain, panaskan butter dan minyak. Bila butter dah cair, masukkan daun kari dan cili potong. Kacau. Masukkan telor kuning segar. Kacau tanpa henti diikuti dengan telor masin. Bila sudah berjurai dan berbuih, masukkan ayam goreng dan kacau rata cepat-cepat. Siap.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment