28 April 2015

Blueberry Cheese Tart

share dari link fb ~ Recipe Cake Secret

Blueberry Cheese Tart

Tart Crust:-
200g mentega/majerin sejuk (atau 50-50..butter & magrine)
80g gula ising
1 biji telur
400g tepung gandum
1 cmt vanilli powder
1/4 cawan susu tepung

Masukkan tepung, serbuk vanili dan susu tepungke dalam manggkuk adunan, gaul rata.
Add butter dan marjerin sejuk dan ramaskan sehingga menjadi macam bread crumbs dengan menggunakan hujung jari atau kalau trajin nk basuh perkakasan boh dalam food processor just on & off sampai crumle.
Dalam mangkuk kecil, pukul sedikit telur hingga sebati dan amsukkan ke dalam adunan tepung yang bercrumble ni, gaul/ramas adunan sehingga mendapat tekstur doh yang lembut.
Doh yang lembut ni dimasukkan ke dalam plastik dan simpam selama 1/2-1 jam ke dalam peti sejuk.
Balut 1 acuan mini tart ngan plastik kemas- kemas terutama bottom acuan.
Ambil doh dan bulat- bulatkan sebesar telo puyuh dan letakkan di tengah- tengah acuan mini tart dan rekan dengan jari sikit supaya terletak.
Ambil acuan yang dah dibalut dengan plastik tadi dan tekankan ke dalam acuan tat mengikut tahap ketebalan yang anda suka.
Kemaskan doh di dalam dan tepi acuan supaya menawan.
Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit/hingga masak.
Masak lebih lama untuk oven tanpa turbo fan.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
Simpan dlm air tight container sehingga diperlukan.

Inti Cheese Tart:-
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla
Jem blueberry secukupnya-
Pewarna jika suka
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.
JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik atau mencair.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Putar lagi hingga sebati dan creamy/ berkilat jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tak cantik bila kita letak dalam shell sebab dia flat tak membolat/membuncit.
Masukkan jem filling ke dalam piping beg dan picitkan sedikit di crust
Gunakan kaedah yang sama untuk letakkan cis filing tadi, iaitu masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing bluebaerry dalam shell tadi.
Letak/picit penuh supaya ia cantik membuncit masa bako nanti, kalu kedekut boh sikit ler..hihihi.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tat tadi.
Lorek lah ikut creativiti dan imiginasi anda.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment