21 April 2015

DIAM DAN BERBAIK SANGKA.

share dari link fb ~ Siti Aminah

DIAM DAN BERBAIK SANGKA.

"Gelaran 'Habib' sebenarnya berasal daripada gelaran murid kepada gurunya. Para guru tidak menuntut untuk dipanggil begitu. Atas dasar cinta murid kepada guru. Gelaran 'Habib' tersebut digunakan pada abad ke 11 Hijriah. Habaib mengikut Al-Imam Abdullah Bin Alwi Al-Haddad yang merupakan ikutan dan rujukan dizamannya oleh orang Yaman dan juga diluar Yaman."

"Akidah Tauhidnya adalah Asya'irah, Syariat Feqahnya adalah mengikut Imam As-Syafie dan didalam At-Tazkiyyah atau Tasawwufnya adalah mengikut manhajnya Al-Imam Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali. Yang mana kitabnya menjadi rujukan para ulama yakni Ihya Ulumuddin. Telah berkata para masyaikh para habaib; Orang yang tidak membaca kitab ihya ulumuddin, kitab-kitab tasawwuf ini, orang itu orang yang tidak punya rasa malu."

"Antara lima pegangan para habaib adalah yang pertama adalah Ilmu. Yang kedua adalah amal. Yang ketiga adalah Ikhlas. Yang keempat adalah Wara'. Dan yang kelima adalah Khauf takut kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Bilamana disebarkan suatu berita atau perkara respons yang terbaik dilakukan apabila saat sesuatu dihebahkan ditohmahkan adalah berbaik sangka. Apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah ﷺ dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka."

"Dan tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). Kamu yang bukan Ahlinya, berdiam sahaja setelah menyerahkan berita tersebut kepada mereka dan Bersangka Baik. Diam dan berbaik sangka."

"Di Madinah saja Saidatina Aishah ditohmah dengan fitnah yang mengatakan beliau yg mulia berzina. Tersebar menjadi bahan bualan org hinggakan satu Madinah mengetahui akan tohmahan itu. Yang menyebarkan turut sama terlibat dlm tohmahan berita yg tidak berasas itu. Sejauhmana kita terlibat dgn tohmahan, kita akan turut mendapatkan balasan dari Allah سبحانه وتعالى. Yang memulakan tohmahan itu yang paling berat dan akan dikenakan azab pedih dari Allah سبحانه وتعالى."

"Allah سبحانه وتعالى memuji golongan tertentu akan reaksi mereka didalam menerima sesuatu berita atau hebahan. Didalam surah An-Nur, Allah memuji sikap Abu Ayyub Al-Ansori yang menerima berita tohmahan fitnah kepada Saidatina Aishah itu dengan penuh sangka baik."

"Jagalah diri kamu dari tempat yg bisa membuatkan kamu ditohmah. Jaga lisan dan tangan kita. Seseorang yg menjadi atau penyebab atau punca bagi tersebarnya fitnah itu tanggunglah dan akan mendapat azab yang pedih. Jaga tangan kita dan jari kita ketika menulis di facebook,di whatsapp dan laman sosial yang lain. Jika dulunya tersebarnya fitnah dengan lisan. Tetapi kini lebih cepat dengan menggunakan media sosial."

"Didiklah anak kamu dgn cara zaman anak kamu kerna zamannya dgn zamanmu tak sama. Habaib asasnya ilmu. Qasidah itu satu method sampaikan ilmu. Dlm qasidah juga ada ilmu. Menjadi wasilah ilmu. Mudahnya menuduh dengan hanya melihat dari segi luaran, ini tidak boleh menemukan kebenaran."

"Apabila fulan(A) itu duduk dgn fulan(B) itu. Tidak boleh terus menuduh yg fulan(A) itu mengikut si fulan(B). Ia memerlukan kepada duduk bersama , buat perbincangan dan pertanyaan soalan utk mengesahkannya, lihat apa hujahnya, dari siapa hujah tersebut. Okay, fulan ini menggunakan hujah-2 pendapat dari Al-Imam Syafie, jadi dia ini Feqahnya mengikut As-Syafie."

"Dan jangan mentohmah sesuatu jalan tariqah jalan para-para ulama jika kita tidak tahu tentangnya. Sebaiknya berjumpalah sendiri dengan ahlinya sendiri dan mendengar pegangan dan pendapat mereka. Manusia akan selamat dengan lidah dan tangannya. Seorang Muslim yang sejahtera adalah Seorang Muslim yang sejahtera pada lidahnya dan juga tangannya."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment