21 April 2015

Sakit penghapus dosa

share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

Sakit penghapus dosa; "Perlu untuk seseorang manusia itu berasa risau sekiranya diri mereka tidak sakit dalam jangka masa yang lama. Dalam hal ini digariskan bahwasanya sakit itu penghapus dosa dan hapusnya dosa seorang manusia itu adalah satu Rahmat kasih sayang daripada Allah سبحانه وتعالى ke atas mereka."

"Saidina Ali bin Abi Thalib رضيه الله عنه berkata; "Sungguh aku takut sekiranya diri aku ini tidak diberikan sakit oleh Allah سبحانه وتعالى. Kerana aku takut Allah سبحانه وتعالى lupa dan murka ke atas aku." 

"Maka barangsiapa yg dikurniakan pelbagai nikmat tetapi tidak sakit dalam jangka masa yang lama, maka dikhuatiri Allah سبحانه وتعالى murka ke atas mereka."

"Ada satu kisah, satu hari sewaktu Rasulullah ﷺ di dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, Baginda ditemani oleh seorang lelaki. Di dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba lelaki itu berterusan menceritakan perihal anak perempuannya kepada Rasulullah ﷺ."

"Rasulullah ﷺ hanya mendengar sambil tersenyum. Kata lelaki tersebut; "Ya Rasulullah, tidak lama lagi anak perempuan ku ini akan aku kahwinkan dengan seorang pemuda. Anak perempuan ku ini hebat wahai Rasulullah. Amalannya semua hebat belaka. Dan yang paling hebat sekali adalah anak perempuanku ini sepanjang hidupnya, dia tidak pernah sakit."

"Setelah mendengar cerita daripada lelaki tersebut bahwa anaknya tidak pernah sakit, Rasulullah ﷺ berhenti daripada berjalan dan berubah muka baginda. Lalu Rasulullah berkata; "Apa betul anak kamu tidak pernah sakit?" 

"Lelaki itu menjawab; "Benar ya Rasulullah. Hebat sungguh." Lalu Rasulullah menjawab; "Sesungguhnya, sekiranya seorang manusia itu tidak dikurniakan kesakitan ke atasnya, itu bukanlah satu kehebatan, bahkan ianya adalah satu perkara yg harus ditakuti."

"Perkara yang ditakuti kerana Takut takut ianya adalah musibah dan murka daripada Allah سبحانه وتعالى ke atas anakmu. Maka tidak ada kebaikkan didalam nilai kehidupan anakmu itu." 

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Muhibbin. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment