"Tepat pada saat itulah Thawus mendengar ada seorang pemuda yang merintih: “Wahai Tuhanku, yang menguasai langit, langit-Mu telah tenggelam. Semua mata makhluk-Mu telah tertidur, tapi pintu-Mu terbuka lebar, buat pemohon kasihmu. Aku datang menghadap-Mu memohon ampunan-Mu. Kemudian dia menangis. Siapakah yang akan menyelamatkan aku dari azab-Mu, kepada tali siapa aku akan bergantung. Celakalah aku bertambah umurku dan bertumpuk dosaku tak sempat aku bertaubat kepada-Mu, sekarang aku malu menghadap pada-Mu. Ia menangis lagi."
"Akankah Kau bakar aku dengan api-Mu wahai Tujuan segala kedambaan lalu, kemana harapku kemana cintaku. Aku menemui-Mu dengan memikul amal buruk dan hina diantara segenap makhluk-Mu, tak ada orang sejahat aku. Ia menangis lagi. Maha suci Engkau. Engkau curahkan kasih-Mu kepada makhluk-Mu seakan-akan Engkau memerlukan mereka, padahal Engkau wahai Tuhanku tak memerlukan semua itu. Kemudian ia merebahkan diri dan bersujud."
"Thawus pun mendekati Al-Imam Ali Zaenal Abidin. Thawus mengangkat kepalanya imam dan diletakkan pada pangkuannya. Dia menangis sampai airmatanya membasahi pipinya. Imam Ali Zaenal abidin terbangun dan berkata, “Siapa yang menggangu zikirku ini?” Thawus pon menjawab; “Aku Thawus, wahai putera Rasulullah."
"Thawus berkata; "Wahai Imam, Untuk apa segala rintihan ini? Kamilah yang seharusnya berbuat seperti ini, kerana hidup kami bergelumang dengan dosa. Sedangkan kamu adalah keturunan Rasulullah ﷺ. Sedangkan ayahmu adalah Husain bin Ali. Ibumu Fathimah Az-Zahra dan kamu daripada keturunannya Rasulullah ﷺ."
"Imam Ali Zaenal Abidin memandang thawus kemudian berkata; "Wahai Thawus. Jangan disebutkan tentang nasab keturunanku. Sesungguhnya, Allah سبحانه وتعالى menciptakan syurga bagi yang mentaati-Nya dan berbuat kebaikan. Walaupun dia daripada keturunan Habsyi. Sesungguhnya, Allah سبحانه وتعالى menciptakan neraka buat yang ingkar kepada-Nya walaupun dia daripada keturunan Quraisy."
"Tidakkah engkau mendengar firman Allah سبحانه وتعالى; "Ketika sangkakala ditiup, tidaklah ada hubungan lagi diantara mereka hari itu. Tiada apa apa yang memberi manfaat dan tidak ada lagi yang boleh saling tolong-menolong. Demi Allah سبحانه وتعالى, pada hari tersebut tidak ada yang mendatangkan manfaat selain amal soleh yang telah dilakukan.”
"Yang diceritakan Thawus ini adalah Imam Ali Zainal Abidin. Imam besar keempat dalam rangkaian imam Ahlul Bayt Al-Mushtafa yang terkenal sebagai As-Sajjad. Orang yang banyak bersujud. Walaupon begitu, beliau masih lagi bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى. Tidak pernah merasa aman dengan azabnya Allah سبحانه وتعالى."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment