20 April 2015

Bagaimana Nak Buat Teh Dari Daun Mulberry?

share dari link fb ~GaramBuluh Master Meslan TarseelimKebun Mini
Di ambil dari nota En. Rosdi Bin Ahmad
Bagaimana Nak Buat Teh Dari Daun Mulberry?
Sebelum itu, mari kita kongsi sedikit maklumat mengenai pokok mulberry ini.
Daun dari pokok mulberry menjadi makanan ulat sutera. Dengan memakannya, ia membolehkan ulat sutera membina kepompongnya yang manusia guna untuk membuat kain sutera.
Selain daripada menjadi makanan utama ulat sutera, pokok mulberry juga menghasilkan buah berry yang sedap untuk dibuat jem atau jus. Manakala daunnya pula dibuat teh dan popular dikalangan masyarakat Cina dan Lubnan (di Lubnan ia dikenali sebagai Toot Tea). Pucuk mudanya dibuat sayur.
Sebenarnya, teh dari daun mulberry ini adalah lebih sihat untuk diambil berbanding teh hijau kerana ia tidak mengandungi "caffeine". Ia juga baik untuk melawaskan pembuangan air kencing.
Daun teh mulberry mengandungi 25 kali lebih banyak kalsium dari susu. 10 kali zat besi dari daun bayam. Lebih dua kali ganda "fiber" dari teh hijau. Kaya dengan potassium, magnesium dan bahan mineral lain.
Di negara China, ia seringkali sebagai bahan ubat untuk merawat penyakit. Tetapi, yang penting, ianya satu remedi dalam merawat pelbagai penyakit.
Proses Membuat Teh Daun Mulberry
Apabila pokok anda telah cukup stabil, anda bolehlah memulakan proses menuai daun teh.
Sekiranya anda mahu menghasilkan teh hijau, adalah penting untuk memetik hanya daun muda dan pucuknya sahaja iaitu pucuk dan 2-3 daun ke bawahnya sahaja.
Setelah selesai memetik bersihkan dan biarkan ianya kering beberapa jam, tidak secara terus dibawah cahaya matahari.
Apabila daun telah kering bolehlah anda memanasnya dalam kuali seketika dengan api sederhana kecil antara 10-15 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan ia hangus. Atau, anda boleh meletakkan daun teh anda di atas kertas dulang pembakar dan keringkan di dalam oven selama 15-20 minit dengan suhu 250F.
Apabila sejuk simpan dalam bekas kedap udara dan di tempat gelap, ambil bila perlu.
Menanam pokok mulberry dan membuat daun teh mulberry sendiri amat lebih seronok dan menguntungkan. Selamat mencuba.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment