12 April 2015

PETUA MEMBUANG LEMAK DAGING/AYAM DAN HILANGKAN BAU HAMIS KAMBING

share dari link fb ~ Denaihati Network

PETUA MEMBUANG LEMAK DAGING/AYAM DAN HILANGKAN BAU HAMIS KAMBING

Buang Lemak :
1. Cuci daging atau ayam dahulu agar bersih.

2. Perapkan daging atau ayam tadi dengan tepung gandum.

3. Biarkannya terperap dalam tempoh 30 minit ke 1 jam.

4. Kemudian, barulah anda boleh memasak daging tersebut.

Ini kerana, lemak daging tersebut memang akan berkurang semasa anda memasaknya.

Mengurangkan Bau Hamis Kambing :
1. Masukkan tepung gandum ke dalam air anggaran secawan. Lepas tu rendam kepingan kambing ke dalam bekas/besen. Saya buat masa daging masih dalam bentuk frozen...rendam hingga daging lembut.Kalau daging kambing segar..Rendam dalam masa setengah jam hingga ke satu jam

2. Cuci hingga bersih segala tepung pada kepingan daging.

3. Kemudian perahkan jus lemon ke atas kepingan daging. Biarkan selama setengah jam.

4. Sekiranya daging kambing hendak digunakan untuk masakan barat, bilas dengan cara lalukan daging kat air paip. (aroma lemon dan rasa masam-masam sikit akan menambah kelazatan masakan barat tersebut. Sekiranya daging kambing hendak di masak dengan resepi tradisional hendaklah dicuci bersih.

Selamat mencuba 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment