09 April 2015

5 Minuman "Kawan Baik" Diet!

share dari link blog ~ http://nona.karangkraf.com/cantik/kesihatan-pemakanan/5-minuman-kawan-baik-diet-1.377592

5 Minuman "Kawan Baik" Diet!
Kebanyakan orang hanya menjaga pemakanan dan bukannya minuman ketika sedang berdiet. Sebenarnya, pemiilihan minuman yang betul dapat melaraskan metabolisme, mengawal selera makan, dan menurunkan pengambilan kalori. Jadi, jangan lupa masukkan 5 jenis minuman "baik" berikut ke dalam diet anda!

#5 TEH HIJAU
Teh hijau ialah pilihan yang baik apabila anda memerlukan sedikit dorongan. Ia bukan sahaja bebas kalori, beberapa kajian turut menyarankan bahawa teh hijau boleh merangsang penurunan berat badan. Kandungan kafein dan mikronutrien catechins dalam teh hijau dikatakan membantu proses tersebut. Manfaat ini hanya bertahan selama beberapa jam sahaja, maka anda disarankan meminum teh hijau sekurang-kurangnya dua kali sehari.

#4 KOPI HITAM
 Apabila anda memerlukan sedikit dos kafein, kopi ialah pilihan yang lebih baik berbanding soda atau minuman tenaga. Kopi tanpa gula bersifat bebas kalori dan kaya dengan anti-oksidan. Kajian juga mendapati bahawa meminum kopi dalam jumlah yang sederhana (antara 3-4 cawan sehari) boleh meningkatkan mood dan tumpuan, selain boleh merendahkan risiko diabetes tahap 2 dan beberapa jenis kanser.

#3 SUSU RENDAH LEMAK
Mengambil makanan yang kaya dengan kalsium bukan sahaja baik untuk tubuh, ia juga boleh membantu proses diet anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum lebih banyak susu atau mengambil produk tenusu lain boleh membantu menurunkan berat badan. Pilih susu skim atau rendah lemak untuk manfaat yang lebih menyeluruh.

#2 JUS SAYUR-SAYURAN
 

Jus sayur-sayuran mempunyai khasiat yang sama seperti jus buah-buahan, mengandungi separuh jumlah kalori tetapi lebih banyak kandungan garam. Berbanding jus oren yang mempunyai 122 kalori, jumlah kalori daripada jus tomato hanyalah 41. Selain itu, mengambil jus sayuran yang mengandungi pulpa dapat membekalkan serat yang mampu membantu anda menahan lapar.

#1 AIR KOSONG

Raja segala minuman! Tahukah anda, menggantikan minuman ringan berkabonat kepada meminum air kosong dapat ‘memotong’ ratusan kalori sehari? Di samping itu, meminum dua gelas air sebelum makan juga menjadikan anda lebih cepat kenyang dan tidak makan berlebihan. Pengambilan air kosong yang cukup juga mempunyai kesan yang positif terhadap metabolisma anda.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment