09 April 2015

KEMEWAHAN RUMAH, BANYAK PERSALINAN & HIDANGAN SERING MEMUSNAHKAN GENERASI.

share dari link fb ~Warga Prihatin

KEMEWAHAN RUMAH, BANYAK PERSALINAN & HIDANGAN SERING MEMUSNAHKAN GENERASI.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu, dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, (kamu mewah) pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi langsir) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?”

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan hanya memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki” Lalu Nabi SAW bersabda “TIDAK! Keadaan kamu hari ini (ketika sempit) adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu” (HR Tirmizi)

GODAAN IMAN DAN PERBUATAN DOSA DARI KEMISKINAN DAN KESUSAHAN TIDAK SEHEBAT GODAAN IMAN DAN PERBUATAN DOSA TERHADAP SI KAYA...

Malaysia sedang menuju kepada negara maju, wawasan 2020, negara berpendapatan tinggi... Berwaspadalah kita dengan kemewahan yang sedang kita buru. 

Kesenangan dan kemewahan memudahkan kita membiayai dosa dan maksiat. Mampu beli dadah, arak, wanita, clubbing, travelling dan entah apa-apa lagi.

Gara-gara memburu kesenangan, mahu meningkatkan taraf dan gaya kehidupan, mahu bermewah-mewah dan bermegah-megah, maka berlumba-lumbalah kita melibatkan diri dengan hutang dan riba, rasuah, pecah amanah, tipu menipu dan tindas menindas. Padahal itu semua adalah dosa besar yang menghancurkan generasi dan negara.

Gara-gara ghairah mengejar kemewahan, tahta dan wanita... kita sering lupakan tuhan, abaikan perintah dan laranganNya, tergamak pula menganiaya sesama manusia.

WARGA PRIHATIN.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment