09 April 2015

Damaikanlah Saudaramu

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Damaikanlah Saudaramu

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Berikut mafhum Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ketika mensyarahkan Kalimah ini,
Dua orang, orang beriman kalau bermusuh, Allah suruh damaikan, apatah lagi kalau berkumpulan, apatah lagi kalau organisasi, kelumpuk. 

Objektik kedua syaitan selepas Syaitan berputus asa untuk membuatkan Ummat Nabi Muhammad ﷺ untuk menyembahnya, adalah membuat permusuhan sesama Ummat Nabi Muhammad ﷺ. Dalam peringkat Keluarga kita bergaduh, dalam peringkat jiran kita bergaduh, dalam peringkat organisasi kita bergaduh, dalam masaalah agama kita bergaduh, dalam kabilah, dalam pelbagai keadaan kaum muslimeen yang saat ini bergaduh, ini musibah, bala' yang menimpa kaum muslimeen.

Nabi tidak khuatir ummatnya keluar daripada agama islam. Sebab Baginda pernah berkata " aku tak khuatir kamu berlaku syirik " tapi yang dikhuatiri Rasulullah adalah perselisihan antara ummat islam. Saling berbunuh, saling menodai saling berlaku zalim sesama kamu. Kata Nabi syaitan itu sudah berputus asa untuk disembah, apa yang diinginkan syaitan adalah menghasut, cucuk sana, cucuk sini. .

Setiap ummat yang dengar nasihat daripada syaitan, akan terkeluar daripada kebenaran seperti mana pernah terkeluarnya nabi adam dan siti hawa daripada syurga kerana mendengar nasihat daripada syaitan, jangan serahkan hawa nafsu anda kepada syaitan, jangan jadikan hawa nafsu anda dipergunakan oleh syaitan, Imam kita Satu, panduan kita satu penghulu kita satu, Tuhan kita satu, tak ada yang lain. Tak sempurna iman kamu, wahai yang mendakwa beriman, wahai yang mendakwa sempurna imannya, tak cukup beriman hanya keluar dari mulut saja. Tak sempurna Iman kamu Sehingga Hawa nafsu kamu mengikut apa yang datang dari Allah

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com

No comments:

Post a Comment