12 April 2015

AYAM GORENG BERINTI KEJU.

share dari link fb ~ Gerenti Jadi

AYAM GORENG BERINTI KEJU.

Bahan-bahan:

2 ketul Filet dada ayam
2 keping Ham ayam
2 keping Keju
1/3 cawan Tepung gandum
2 biji Telur ( dipukul )
1/3 cawan serbuk roti

Bahan perap A:

1/8 sudu teh Garam
1/8 sudu teh serbuk Lada Putih
1/8 sudu teh Serbuk Lada Hitam

Bahan B: ( dicampur-gaul )

1 sudu besar Mustard kuning
1 sudu teh Herba campuran (Mixed herbs)
1 sudu besar Sos BBQ
½ sudu teh Perencah Pati Ayam
1 sudu teh Gula

Cara Menyediakan:

(1) Gunakan pisau tajam, kelar sisi setiap ketul ayam. Buka sedikit.

(2) Gunakan pengetuk daging untuk meratakan filet ayam.

(3) Perap ayam dengan bahan perap (A).

(4) Potong kepingan keju dan ham ayam kepada setengah.

(5) Taburkan campuran (B) di atas ayam.

(6) Letakkan ayam dan diikuti dengan ham di atas, diikuti dengan 1 keping keju. Gunakan cungkil gigi untuk menutup hujungnya.

(7) Salutkan ayam dengan tepung gandum dan celup dalam telur.

(8) Salut dengan serbuk roti dan sejukkan ayam dalam peti ais selama 15 minit.

(9) Goreng-celup dalam minyak panas hingga perang-keemasan.

(10) Angkat, potong kepada kepingan lalu hidang dengan daun salad.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment