24 March 2015

TERENGGANU SEDIA LAKSANAKAN HUDUD INSYAALLAH - MB

share dari link fb ~Warga Prihatin
 
TERENGGANU SEDIA LAKSANAKAN HUDUD INSYAALLAH - MB 

ALHAMDULILLAH... Kerajaan Terengganu telah menyatakan bersedia untuk mengikut jejak langkah Kelantan melaksanakan undang-undang hudud. Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, proses ke arah itu akan diperhalusi termasuk melihat bagaimana ia dilaksanakan di Kelantan.


“Jika masyarakat faham dan bersedia, Terengganu tiada masalah untuk melaksanakannya,” katanya.

DUN Terengganu telahpun meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu pada 2002. 

Menurut Ahmad Razif, enakmen itu akan diperhalusi dan pelaksanaannya dibuat secara beransur-ansur.

“Biar masyarakat faham dahulu dan kita tidak menimbulkan kontroversi, insya-ALLAH. Penerimaan bukan Islam juga perlu diberikan perhatian supaya perlaksanaan dapat dibuat dengan lancar,” katanya.

Kenyataan itu turut disokong oleh Ahmad Roslin Jaafar, Pengerusi Biro Agama Umno Bahagian Kuala Terengganu melalui kenyataan akhbar yang disiarkan pagi ini.


HUDUD SANGAT MUDAH DAN ADIL

Sebagai pencinta keamanan, Warga Prihatin sujud syukur menyambut berita yang amat memberangsangkan ini. 

Selaku NGO yang tidak partisan dan banyak meneliti segala intipati Rububiyah Allah termasuk yang berkaitan Hudud, Qisas, Takzir dan Diyat, kami amat yakin bahawa golongan bukan Islam akan menyokongnya 100% bahkan akan sanggup membayar jizyah apabila perlaksanaannya dilihat berkesan.

InsyaAllah kami tidak akan berhenti berdoa dan akan membantu apa sahaja yang mampu untuk merealisasikan cita-cita menegakkan sistem Allah di bumi bertuah ini. 

Sesungguhnya segala kekeliruan, ejek mengejek dan hujat menghujat yang berkaitan dengan hudud hanya kerana kejahilan belaka. 

Banyak pihak dari kalangan masyarakat awam dan pemikir Islam yang meminta perkongsian yang mendasar tentang konsep hudud yang hak dari kami. 

Alhamdulillah biarpun amat sibuk dengan urusan harian, dapat juga kami kongsikan sedikit sebanyak apa yang telah kami teliti dan laksanakan secara R&D dalam sampel komuniti kami sendiri.

Mereka yang merujuk ternyata sangat optimis bahawa jika hudud sebenar seperti yang telah kami kongsikan dapat disampaikan kepada pemimpin negara dan tokoh-tokoh agama, pasti ianya akan mudah diterima dan dilaksanakan. 

Ramai juga yang mengaku semakin pening dan bingung dengan begitu banyaknya percanggahan pendapat. Berbeza dengan penerangan yang sangat mudah difaham, amat praktikal berdasarkan pemahaman alQuran dan sunnah. Lebih jelas lagi apabila dinampakkan pula bukti keberkesanan dari perlaksanaan oleh Warga Prihatin sendiri.

Ramai juga yang meminta kami menulis buku dan mengadakan bengkel khas tentang hudud yang kaffah untuk kebaikan ummah. Malangnya, dengan tanggungjawab pendidikan dan pengurusan harian begitu ramai anak-anak yatim dan asnaf yang sedang kami galas, agak sukar untuk kami laksanakan segera. Namun, kami akan cuba untuk berusaha ke arah itu InsyaAllah.

Apabila konsep dan perlaksanaan HUDUD SEBENAR berjaya disampaikan nanti, kami amat optimis bukan sahaja seluruh umat Islam akan bersetuju, malah orang bukan Islam juga. 

Kami berani menyatakan itu kerana kami sudah melaksanakan sebahagian daripadanya secara terpencil dan ia benar-benar menarik hati bukan Islam sehingga ada yang sanggup berinfaq secara tetap setiap bulan.

Sama-sama kita doakan agar kekalutan dan kejahilan ini segera BERAKHIR dan Rububiyah Allah segera dapat ditegakkan (QIAM) demi menjamin kesejahteraan anak cucu dan rakyat negara kita umumnya.

ALLAHUAKBAR, LAILAHAILLALLAH
Warga Prihatin

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment