"Apakah maksudnya? Bagaimana mahu istiqamah dalam iman? Bilamana sakit, mereka tidak lupakan Allah سبحانه وتعالى. Mereka terus beribadat. Bila bekerja, bekerja demi mencari berkat daripada Allah سبحانه وتعالى didalam pekerjaannya. Bila makan, bukan sekadar mahu makan dan mengisi kosong perut sahaja. Bahkan mengisi perut kerana mahukan tenaga untuk terus beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Manusia yangg punya kesungguhan yang kuat didalam istiqamah dalam iman ini akan selalu Allah سبحانه وتعالى perintahkan para Malaikat untuk menziarahi mereka selalu. Lebih lebih lagi diwaktu genting."
"Apa itu waktu genting? Ianya terdapat tiga waktu genting bagi manusia. Yang pertama, adalah Sakkaratul Maut. Malaikat akan turun dan membantu si fulan yang istiqamahnya dalam iman secara berterusan dengan mempermudahkan urusan pengambilan Ar-Ruh daripada jasad mereka."
"Yang kedua, adalah di alam Barzakh. Malaikat yang ditugaskan akan datang kepada si fulan tersebut bagi membantu si fulan tersebut mempermudahkan urusan dia untuk menjawab pertanyaan Munkar & Nakir. Malaikat juga berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar urusan dia dipermudahkan di alam kubur."
"Yang ketiga, adalah Pada hari Kebangkitan. Malaikat akan datang ketemu sama si fulan tersebut dengan berpesan bahawa segala urusannya selepas ini yakni urusan timbangan Mizan, urusan meniti titian Siratul Mustaqim dan lainnya dipermudahkan. Tujuannya untuk menenangkan manusia yang di dunia itu tadi tentang kuat istiqamahnya dalam iman diatas dunia ini."
"Moga-moga kita tergolong bersama sama mereka yang kuat istiqamahnya dalam iman. Moga moga berkat majlis sebegini menjadi asbab dan saksi urusan kita dipermudahkan di akhirat kelak."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment