share dari link fb ~Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu
Resepi Bingka Susu/Cheese
bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum (diayak 3 kali)
4 biji telur A
250 ml susu cair
3 sudu besar susu pekat
140 g gula kastor (boleh tambah jika nak lebih manis)
1 sudu kecil esen vanilla
50 g krim keju
50 g mentega
bijan secukupnya atau serbuk badam (optional)
Cara-cara :
Mentega dan krim keju dicairkan dengan cara double boiler. Kemudian disejukkan seketika.
Satukan kesemua bahan di atas(kecuali bijan/serbuk badam) dengan mentega/krim keju cair tadi di dalam blender. Blend hingga sebati.
Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang 6 inci yang telah dilengser dengan minyak masak. Taburkan bijan atau serbuk badam di atasnya jika suka.
Kemudian bakar ke dalam oven dengan suhu 160C selama lebih kurang 50 minit atau sehingga keperangan.
Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
** sukatan gula dan susu boleh tambah ikut citarasa sendiri
** boleh juga guna telur gred B
** kalau terlebih cair, boleh tambah sedikit tepung. Tp DJ suka cair dp pekat.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment