"Kata baginda Rasulullah ﷺ, ketika didatangkan baginda jenazah dan diminta untuk solat jenazah. Rasulullah ﷺ bertanya, "Orang ini ada hutang ke?" Ketika diberitahukan na'am ya Rasulullah. Nabi bersabda, "kamu solat untuk org ini" Nabi tak solat. Bukan Nabi nak haramkan solat kepada orang yang punya hutang. Kerna solat Nabi kepada orang yang mmpunyai hutang itu adalah merupakan syafa'at Nabi kepada orang yang disolatkan."
"Sementara orang ini mempunyai tanggungjawab, kesilapan atau hak kepada orang lain, bukan kepada Allah سبحانه وتعالى. Sementara hak orang lain itu adalah mesti ditunaikan atau dimaafkan oleh tuan empunya hak. Maka Nabi enggan untuk solat kepada orang yang mmpunyai hutang. Agar supaya apa yg mnjadi hak kepada orang yang mnghutangi itu ditunaikan seperti mana mestinya. Dengan dimaafkan atau dibayarkannya."
"Nabi tidak ada hak untuk rmnjamin tanggungan hutang orang itu daripada orang yang menghutanginya. Dengan di gugurkan langsung oleh Rasulullah. Itu hak orang yang mmpunyai hutang. Maka seorang sahabat mngatakan, "Saya jamin hutang orang ini, Ya Rasulullah."
"Riwayat daripada qatadah. Yang menjamin penjaminnya. Setelah itu baru Nabi ﷺ setuju untuk mengimamkan solat jenazah si mati. Setelah peristiwa itu, setiap kali berjumpa Nabi tanya; "Ya Abah Qatadah, kau dah bayar hutangnya?" Ya Rasulullah, saya belum ada rezeki. Setiap kali nampak Nabi. Ditanya hutangnya, kamu dah bayar ke belum."
"Sehingga Abu Qatadah hendak berjumpa Rasulullah ﷺ. Setiap kali jumpa ditanya. Dah bayar hutangnya. Setiap kali jumpa. Maka Abu Qatadah pun bersembunyi supaya tak berjumpa Rasulullah untuk ditanya sementara belum mampu lagi untuk membayarnya. Sampai masa ada rezeki. Dibayarkan hutangnya. Bru dia datang jumpa dengan Rasulullah ﷺ. Pertama nampak Rasulullah, kau dah bayar hutangnya. Baru saja aku bayar, Ya Rasulullah. Sekarang ini baru mulai sejuk orang yang berhutang itu."
"Daripada Tafsir Imam Ibnu Kathir pula, menceritakan tentang dua orang sahabat Nabi Muhammad ﷺ. Seorang telah meninggal dunia, dan seorang yang belum meninggal bermimpi bertemu dengan yang mati. Ditanyakan keadaannya, dan dikatakan Allah telah mengampunkannya."
"Tetapi sahabat itu nampak ada kesan di lehernya, dan apabila ditanyakan, dikatakan itu kerana hutang yang belum dibayar kepada seorang Yahudi. Si mati sudah menyediakan wang untuk membayar hutang itu tetapi tidak sempat memberikan kepada Yahudi itu. Sahabatnya yang masih hidup pun diminta mengambil wang itu, ditempat yang keluarganya pun tidak tahu, untuk dibayar hutang tersebut. Ini menunjukkan yang mimpi orang-orang soleh adalah benar. Janganlah seseorang itu suka-suka untuk berhutang kecuali ketika keadaannya yang memerlukan."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment