23 March 2015

PETUA HALAU TIKUS DI RUMAH

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

PETUA HALAU TIKUS DI RUMAH
Boleh cuba mana-mana cara mudah berikut
Cara 1: Tanam pokok durian belanda dan gunakan daun durian belanda. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

Cara 2: Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluanbinatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Cara 3: Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.

Cara 4: Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

Cara 5: Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam. Tikus tak suka lada hitam.

Cara 6: Bela kucing (bukan kucing makan “Friskies”/kucing parsi).

Cara 7: Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi).

Cara 8: Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul.

Cara 9: Perangkap seekor tikus hidup-hidup. Gunakan perangkap berumpankan ikan masin. 

Jika anda berjaya tangkap tikus, kurung ia 2 atau 3 hari dalam stor atau bilik air ataupun di tempat tertutup. Beri minum sahaja. Kemudian, pada hari 4 bawa ia keluar dan beritahu kepadanya dengan suara yang kuat : "Jangan datang rumah aku lagi, kalau tidak.. aku kurung kau lagi. Ia tidak akan datang lagi bersama cucu dan bapa mertuanya serta besan dan ipar duainya. 

Selamat mencuba.  

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment