ADAB ATAU CARA UNTUK MASUK KE RUMAH BARU
Oleh Dato' Dr. Harun Din.
Menurut buku rawatan Islam yang disusun oleh Dato' Dr Harun Din, cara untuk memasuki rumah baharu ialah seperti berikut.
1. Baca Bismillahirrahmanirrahim.
2. Tepuk daun pintu 3 kali.
3. Beri salam sebelum masuk ke dalam rumah.
4. Jika tiada reaksi dengan apa-apa bunyi (sama ada cicak dan seumpamanya) maka rumah itu belum ada berpenghuni. Rumah tersebut selamat didiami untuk anda sekeluarga.
5. Sekiranya semasa/selepas beri salam terdengar bunyi cicak, itu bermakna rumah tersebut telah ada penghuni yang anda tidak nampak. Sebagi jalan penyelesaian anda kena buka pintu depan dan belakang sewaktu hampir maghrib dan azanlah tiga (3) petang di ruang tengah rumah. Habis azan tutup kedua-dua pintu lakukan selama tiga petang semasa magrib.
Semoga menjadi manfaat utk kita semua.
TAUSIYAH Rahsia Perkahwinan
Dapatkan lebih banyak artikel menarik di sinii
No comments:
Post a Comment