RESEPI PUCUK PAKU GORENG
Bahan-bahanya :
1. 1 ikat pucuk paku
2. 3 biji bawang merah
3. 2 biji bawang putih
4. 1 sudu makan ikan bilis
5. 1 biji cili merah
6. 4 biji cili api
7. 1 sudu makan sos tiram
8. Air secukupnya
9. Garam dan gula secukup rasa
10. Sedikit minyak masak
Cara masaknya :
1. Pucuk paku dipotong dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili merah dan cili api ditumbuk lumat.
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan dan berbau wangi. Masukkan pucuk paku. Kacau sebati.
3. Masukkan sos tiram dan air. Tambah garam dan gula untuk perasa. Bila pucuk paku dah lembut, bolehlah diangkat.
Mudah saja dan selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
No comments:
Post a Comment