share dari link fb ~ Pencinta Rasulullah(saw)
Kisah Abu Hurairah Radhyallahu'anh Mengadu Lupa kepada Rasulullah ﷺ. Kisah ini terdapat Didalam Kitab Kefahaman yang mesti diperbetulkan karangan Syaikh Muhammad Alawi Al Maliki Rahimahullah.
Imam Bukhari dan lain-lainnya meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang kelupaannya dalam mengingati hadith Baginda ﷺ yang mulia. Beliau berharap sifat pelupanya itu dapat dihilangkan daripada dirinya.
Beliau berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah mendengar banyak hadith daripadamu, tetapi aku lupa hadith-hadith itu. Aku suka jika aku tidak lupa dengan hadith-hadith tersebut.” Rasulullah ﷺ bersabda, “Bentanglah selendangmu!” Abu Hurairah lalu membentangnya. Kemudian, Rasulullah ﷺ mencakup udara dengan tangan Baginda ﷺ yang mulia dan melemparkannya ke dalam selendang itu. Setelah itu Rasulullah SAW bersabda, “Dakaplah selendang ini!” Lalu Abu Hurairah radhyallahu'anh pun mendakapnya. Beliau berkata, “Maka tidak ada satu hadith pun yang aku lupa selepas itu.” (Riwayat Bukhari, No.119)
Inilah dia Abu Hurairah Radhyallahu'anh Beliau memohon kepada Rasulullah ﷺ untuk menghilangkan sifat lupa daripada dirinya. Padahal, menghilangkan sifat lupa itu suatu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh Rasulullah ﷺ sendiri kecuali Allah سبحانه وتعالى Namun, Rasulullah ﷺ tidak mengingkari perbuatan Abu Hurairah Radhyallahu'anh itu. Baginda ﷺ juga tidak menuduhnya sebagai orang yang melakukan perbuatan syirik kerana sememangnya telah diketahui oleh setiap individu Muslim, bahawa apabila seorang ahli tauhid meminta sesuatu daripada orang yang mempunyai kedudukan khusus di sisi Allah سبحانه وتعالى dia tidak meminta daripada orang yang diminta itu mencipta sesuatu dan tidak juga beri’tiqad bahawa orang yang diminta itu memiliki serba sedikit kekuasaan tersebut. Hanya yang diinginkan ialah supaya dia menjadi penyebab bagi tercapainya hajat melalui kekuasaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka, sama ada dengan berdoa atau cara lain yang dikehendaki oleh Allah سبحانه وتعالى dalam pengurusan alam ini.
Kamu lihat Rasulullah ﷺ memperkenankan permohonan sahabat tersebut. Namun dalam kisah ini, tidak diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ berdoa untuk Abu Hurairah radhyallahu'anh Baginda ﷺ hanya mencakup udara, lalu mencampaknya ke dalam selendang Abu Hurairah, Kemudian Rasulullah ﷺ menyuruh Abu Hurairah RA mendakap selendang itu ke dadanya dan Abu Hurairah melakukannya. Dengan demikian, maka Allah menjadikannya dengan anugerahNya, sebagai sebab langsung terlaksananya keinginan Abu Hurairah radhyallahu'anh.
Rasulullah ﷺ juga tidak berkata kepada Abu Hurairah RA, “Kenapa kamu meminta kepadaku, bukankah Allah سبحانه وتعالى lebih dekat kepadamu daripadaku?” Jawapannya, seperti yang dimaklumi bersama oleh setiap umat Islam, bahawa yang menjadi sandaran utama terlaksananya segala hajat adalah Allah سبحانه وتعالى Tuhan yang di dalam kekuasaanNya tergantung semua perkara. Manakala Rasulullah ﷺ adalah insan yang paling dekat tuntutannya kepada Allah dan paling sempurna kedudukannya di sisi Allah.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment