Kita perlu menghubungkan diri kita dengan Allah ﷻ pada setiap ibadah,pergerakan,percakap an dan setiap perbuatan kita dan kita perlu lihat ini adalah kudrat,kuasa dan juga iradah Allah ﷻ kesan dan juga sifat perbuatan Allah ﷻ kepada apa yg berlaku kepada alam dan juga diri kita.
Dan solat mempunyai kesan yg lebih besar dari yg lain.
Seorang yg memahami makna dan hakikat solat itu dia akan sentiasa menunggu-nungu waktu solat untuk menghadap kepada Allah ﷻ kerana solat adalah wasilah(tali perhubungan) utk seseorang menghubungkan hatinya dengan lebih hebat lagi dengan Allah ﷻ,perantaraan dengan Allah ﷻ lebih kenal lagi dgn Allah ﷻ utk hadirkan hatinya,sebagai satu latihan utk seorang membawa solat yg sentiasa da'imah.
Dan bagaimana hatinya kusyuk dan intim dgn Allah ﷻ dalam solat dan cuba menghadirkan hatinya didalam solat dan merasa dirinya sedang diawasi dan dipandang oleh Allah ﷻ itu suatu bentuk latihan yg perlu ada dan dibawa diluar solat,sama ada kita berada di khalayak ramai ataupun bersendiri,perasaan muraqobah perlu ada".
Dan ianya adalah satu titian drp muraqobah utk melatih diri mendapat kepada maqam yg lebih tinggi iaitu musyahdah iaitu seseorang yg solat dan beribadah seolah-olah melihat Allah ﷻ ,ini adalah maqam yg perlu dicapai oleh setiap mukmin dan maqam penyaksian kita kepada kesan,sifat dan perbuatan Allah ﷻ
Kita tidak dapat melihat Dzat Allah ﷻ tetapi seolah-olah kita menyaksikan Allah ﷻ itu yg menghadirkan apa semua yg berada,ini semua penceritaan Allah ﷻ dan Allah ﷻ sedang menceritakan tentang dirinya,sifat dan perbuatannya.
Guru Mulia Kami,Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari,Tasawwuf,Darul Muhibbin.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment