17 March 2015

Apa yang kita buat terhadap orang tua kita, begitulah apa yang bakal kita dapati dari anak kita ketika kita sudah dewasa.

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

" Suatu ketika dahulu, seorang ayah telah mengahwinkan puteranya dengan seorang perempuan dengan harapan si Anak dapat meneruskan zuriatnya. Namun tanpa di duga, perempuan yang dikahwinkan dengan anaknya itu merupakan seorang yang buruk perangai dan dan buruk isi hatinya..

Hari demi demi berlalu, sehingga suatu hari, si isteri merungut kepada sang suami, bahawa ayahnya hanyalah beban kepada mereka. Mereka terpaksa membelanjakan harta mereka untuk menjaga ayah mereka dan pelbagai alasan diberikan oleh sang isteri. Namun si suami tetap menjaga ayahnya, kerana itu ialah ayah kandungnya sendiri, tapi oleh kerana diasak dan dihasut oleh isterinya yang buruk akhlak tersebut, akhirnya si suami akur dengan perintah isterinya. Si isteri memberi sebuah pandangan supaya ayah kandung kepada suaminya itu dibunuh. Si suami hanya akur dengan pandangan isterinya, lalu mereka pun merancang pembunuhan ayah mereka..

Sehinggalah suatu hari, mereka merancang untuk membunuh ayah mereka.. Lalu Mereka mendatangi si ayah, mereka mengajaknya untuk berjalan ². Gembiralah hati si ayah bila di bawa bersiar² tanpa diduga niat yang terselindung.

Pada hari yang dirancangkan, si ayah dibawa berjalan². Sampai di suatu tempat, maka si suami bertukar bengis, dan menarik si ayah ke tanah,dan mengancam untuk membunuhnya. Alangkah terkejutnya si ayah itu apabila anak kandungnya bersungguh-sungguh untuk membunuhnya. 

Hati si ayah yang tadi sangat gembira bertukar pilu sepilunya, anaknya yang diharap dapat menjaganya bertukar menjadi pengancam pada hidupnya.

Ketika si anak ingin menghunus pedang. Maka si ayah merayu kepada si anaknya, agar dibunuh diri ayahnya di sebuah tempat. Si anak dan isteri yang tiada keperimanusiaan ini menjadi hairan, kemudian mereka tanya, "mengapa ayah ingin kami membunuhmu di tempat itu?". 

Jawab si ayah, " kerana ditempat itulah aku telah membunuh ayahku sndiri".

Pengajaran

1. Pilih jodoh anak kita bukan berdasarkan rupa semata ². 

2. Apa yang kita buat terhadap orang tua kita, begitulah apa yang bakal kita dapati dari anak kita ketika kita sudah dewasa.

Wallahu'alam.. Petikan Cerita diatas disampaikan Syaikh Muhammad Noerudin al Banjari Al Makki.
 — 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment