Talam Keladi
Kuih talam keladi ni sedap, manis, harum dan lemak.
Buat dia mudah dan senang, cuma pada mat kuantiti gula pada "kepala" kuih tu boleh dikurangkan sedikit, sebab rasa dia agak manis......Nak try buat, boleh tengok resipi dibawah ni ok!!...
BAHAN A
smile emoticon
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
BAHAN B
smile emoticon
100 ml santan
80 g gula halus ( boleh kurangkan jadi 60g atau 70g)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet)
1/2 camca teh perisa keladi (resipi asal tak letak)
CARA MEMBUATNYA
smile emoticon
Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak (mat guna mentega), balut tutup kukusan dengan kitchen towel.
Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment