15 March 2015

RESEPI PERIA GORENG RANGUP


RESEPI PERIA GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

Peria (boleh guna peria biasa atau peria katak) - dibasuh sebelum potong nipis-nipis melayang
Tepung - sy guna tepung goreng yang biasa diguna untuk cucur pisang, tepung ni campuran tepung beras, tepung jagung dan baking powder.
serbuk kunyit
Serbuk jintan
Serbuk ketumbar
Serbuk cili/tandoori
Garam
sedikit air
*serbuk-serbuk ni letak la dalam satu camca teh, agak-agak bagi ada rasa. Tepung tu bagi menyalut tepung, kerangupan tepung dicampur dengan kegaringan peria yang nipis tu.

Cara:

1. Gaul semua bahan kering. Gaulkan peria dengan campuran tepung.
2. Tuangkan air sikit-sikit sambil menggaul supaya tepung tu menyaluti kepingan peria tu.
3. Perap kejap lepas tu goreng sampai garing dengan minyak banyak.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment