16 March 2015

Apakah mata-mata air, sungai yang mengalir di syurga untuk orang yang bertakwa itu?

share dari link fb ~Warga Prihatin

Apakah mata-mata air, sungai yang mengalir di syurga untuk orang yang bertakwa itu?

Ya... itulah taman ilmu di mana ilmunya mengalir tidak putus-putus, dari Allah kepada ketua keluarga, seorang ayah atau suami yang gigih menuntut ilmu, di alirkan pula kepada isteri, isteri alirkan pula kepada anak, kepada cucu dan begitulah seterusnya berganti generasi.

Ilmu dan maklumat itu yang menjadikan kita hidup bersatu faham dan bersatu hati. Masing-masing mudah diatur dengan kefahaman itu. 

Tanpa ilmu dan kefahaman yang sama itu bermakna kita akan hidup dalam kejahilan dan kegelapan. Hasilnya ialah budaya JAHILIYAH yang saling berlanggar dan bertelagah. Hidup kita akan asyik dengan selisih faham yang tidak berkesudahan. 

Seperkara lagi, jika air tidak ada sumbernya, atau terhenti alirannya, maka ia akan bertakung. Disitulah datangnya jentik-jentik dan nyamuk yang hanya menghisap darah, menyebarkan penyakit dan membuat bising. Itulah gambaran NERAKA.

Carilah sumber air itu dan alirkanlah dalam keluarga kita secara bertakwim untuk membentuk suasana satu faham dan satu hati laksana syurga.

KUDAP PETANG MINGGU
Warga Prihatin

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment