share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu
RESEPI DAGING MASAK ASAM
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu.......dihiris nipis & dibersihkan
2 inci halia *
4 ulas bawang putih *
5 biji bawang merah*
1 labu besar bawang besar.......kt sini tak der bawang merah jadi ida lebihkan bawang besar kepada 1 1/2 labu *
1/2 cawan air asam jawa pekat
1/2 sd besar gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Kisarkan halus/blend bahan yang bertanda *
Air secukupnya untuk kuah....agak-agak kuah nmpk pekat
3 biji ubi kentang..dikupas kulit & dipotong 4
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumiskan bahan kisar hingga sedikit garing/naik bau.
Masukkan daging yang telah dihiris & dibersihkan.
Tambah gula,air asam jawa......kalau tak suka masam sangat,bolehlah dikurangkan.
Masukkan air sedikit dahulu, renehkan daging seketika & baru masukkan air secukupnya, garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit...kacau sebati.
Masak hingga daging empuk
Untuk tambahan,boleh masukkan ubi kentang yang telah dibelah 4/2.
Masak sehingga ubi kentang empuk & kuah sedikit pekat....kalau lagi pekat,lagi sedap.
No comments:
Post a Comment