Akhirat dihati; "Ini adalah Kisah dua adik-beradik yang soleh. Abangnya itu banyak harta , tinggal di kota. Yang adiknya pula orang biasa, seorang ustaz yang alim. Duduk di kampung. Bahkan adiknya ini setiap hari nak makan kena pergi ke sungai untuk menangkap ikan. Tiap hari seperti itu. Dia ditemani dengan muridnya."
"Pada suatu hari, ustaz ini memerintahkan muridnya untuk berjumpa dengan abangnya untuk sampaikan salam kepadanya dan meminta nasihat buat dirinya. Lalu murid ini pon pergi tanpa mengetahui kehidupan abangnya. Didalam hati murid ini sangkaannya abangnya ini mungkin lebih alim lebih zuhud dari gurunya ini."
"Sampai sahaja di rumah abangnya maka hairan sungguh muridnya itu.
Rumah abangnya sangat besar dan keluasan dunia diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepadanya. Kemudian dia meminta izin untuk berjumpa abang kepada gurunya. Setelah berjumpa, dia sampaikan salam serta dia beritahu yang gurunya itu meminta nasihat. Didalam hatinya, guru aku orang yang zuhud. Abangnya ini penuh dengan nikmat dunia takkan la meminta nasihat daripadanya."
"Lalu abangnya pon berkata;
Engkau pulang dan beritahu adikku itu, bahawa jangan sibukkan hatinya dengan dunia. Wah! Bertambah hairanlah anak muridnya itu dan berkata dalam hatinya adakah aku salah dengar ni. Patutnya abangnya itu cakap pada dirinya sendiri yang penuh dengan nikmat dunia."
"Lalu muridnya pulang kepada gurunya. Lalu di tanya gurunya,
"Kamu dah ketemu sama abangku? Apa nasihatnya buat diri ku ini?"
Murid nya pon bingung nak sampai kan atau tidak pada gurunya yang zuhud itu. Lalu di sampaikan didalam ketakutan. Wahai sheikh! Abangmu berpesan hendaklah engkau mengeluarkan dari hatimu itu dari kesibukan atas dunia."
"Lalu gurunya pon menangis. Bertambah hairanlah muridnya itu tadi. Makin binggunglah dengan adik beradik ini. Tangisan gurunya itu bukan setakat mengalir air mata bahkan sampai tersedu-sedu nangis nya. Bila ditanya muridnya, Wahai sheikh bolehkah kau jelaskan pada ku apa yang terjadi antara engkau dan abangmu?"
"Guru nya menjawab, "Adakah engkau tahu bahawa nasihat abangku itu satu tamparan buat diriku. Kerna aku tahu aku di jalan yang salah." Muridnya bertanya, Kenapa begitu wahai guru? Engkau sudah begitu warak tapi kenapa abangmu berkata demikian?"
"Gurunya menjawab, "Engkau tahu bahawa abangku yang banyak harta itu dia sebenarnya tidak mahu akan harta itu. Tapi hatinya selalu bersama Allah سبحانه وتعالى dan disibukkan beribadat pada Allah سبحانه وتعالى, Maka dunia yang mengejarnya. Dia tidak mahu sebenarnya tapi dia tiada upaya untuk menahan dunia menuju kepada dirinya. Sekalipon harta itu hilang sekalipon daripadanya. Sekalipon harta itu direntap oleh Allah سبحانه وتعالى daripadanya. Hatinya tidak terkesan sedikit pon dengan harta dunia itu. Hatinya tetap dengan Allah سبحانه وتعالى."
"Sedangkan aku, Yang kau lihat seorang yang warak, alim ini, setiap kali aku dalam perjalanan pergi ke sungai untuk mencari ikan , aku dalam keadaan ragu dengan janji Allah سبحانه وتعالى. Aku ragu-ragu dengan rezeki Allah سبحانه وتعالى. Aku tidak yakin bahawa aku dapat ikan atau tidak pada hari itu. Setiap hari bermain dalam fikiran ku hari ini aku dapat ikan atau tidak. Kadangkala Allah سبحانه وتعالى tak beri aku ikan dalam masa tiga hari kerna sifat ragu-ragu ku itu."
"Sedangkan didalam Al-quran, Allah سبحانه وتعالى sudah menjanjikan rezeki buat hambanya. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidaklah memungkiri janji. "
"Jangan kita menyangka orang yang kelihatan bajunya mahal,
hidup mewah, makan enak, itu orang yang tidak sibukkan hatinya pada Allah سبحانه وتعالى. Kita tidak menilai seseorang itu hanya dari segi luaran. Kerna banyak orang yang miskin, yang tidak yakin dengan pemberian rezeki dari Allah سبحانه وتعالى. "
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment