Langkah Demi Langkah: ASAM PEDAS JOHOR
Bahan-bahan (untuk hidangan 5 orang):
1 kg kepala ikan merah - dibelah dua
Minyak masak
Daun kesum
Kacang bendi
100 gm cili kering
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia
2.5 sm kunyit
Asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
CARA-CARA MEMBUAT:
Langkah 1:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit, panaskan minyak dan masak bahan tumis sehingga pecah minyak.
Langkah 2:
Masukkan daun kesum mengikut cita rasa dan tambah garam secukup rasa, biarkan seketika.
Langkah 3:
Masukkan kepala ikan merah yang telah dibelah dua dan biarkan seketika sehingga masak
Langkah 4:
Masukkan kacang bendi dan perahan air asam jawa.
Oleh: Nadia Seri Dewi & Keluarga
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment