12 March 2015

UDANG MASALA



share dari link fb ~Kongsi Kongsi Resepi

UDANG MASALA

Suka Makan Pedas? Klik ➨➨ Sambal Hitam Pahang
.

Bahan-bahan:

Udang besar 1kg 
2 inci halia 
5 ulas bawang putih 
2 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang besar dipotong bulat
4 sudu besar rempah kari
2 sudu cili kering yang telah diblend
1 st serbuk jintan putih 
1 sd serbuk jintan manis
1 sb serbuk kunyit
2 ranting daun kari
Minyak masak untuk menumis
2 biji limau nipis ambil airnya (boleh gantikan dengan asam jawa)
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara:

Bersihkan udang. Gunting janggut dan muncung tajam udang. Jangan buang kepala udang nanti togel tak comel. 
Kisar halia, bawang putih dan 2 biji bawang besar.
Perapkan udang dengan serbuk kunyit, perahan air limau dan separuh dari bahan2 yang dikisar tadi selama 30 minit
Gorengkan udang separuh masak.
Panaskan minyak, masukkan daun kari dan lebihan bahan2 yang dikisar
Goreng hingga naik bau. Masukkan rempah kari, jintan putih dan manis. Biarkan sebentar.
Masukkan santan dan biarkan selama 10 minit atau hinga kuah likat. Masukan garam dan perasa.
Masukkan udang dan bawang yang dipotong bulat. Jangan masak udang lama sangat, kalau udang besar tu 5-6 minit cukuplah, kalau udang kecil 3-4 minit je dah. Kalau masak lama sangat nanti udang kecut dan liat.
Hidang dan hiaskan.
Makan panas2 dengan nasi putih. Makan dengan nasi briyani or nasi minyak pun sodap.
.
Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment