Biskut Coklat Ceri
BAHAN-BAHAN
50 gm tepung gandum
25 gm gula
50 gm marjerin
10 gm serbuk koko
50 gm oat | untuk balut
2 biji ceri merah | dipotong dadu kecil-kecil
5 gm garam halus
CARA MEMASAK
1. Pukul gula dan marjerin di dalam mangkuk adunan sehingga kembang.
2. Masukkan serbuk koko, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk adunan tadi.
3. Gaul rata sehingga menjadi doh. Ambil sedikit-sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat sebesar guli.
4. Kemudian doh yang dibulatkan tadi bolehlah digaulkan bersama oat dan tekan sedikit.
5. Letakkan ceri di atas doh dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 170ºC selama 15 hingga 17 minit.
6. Sedia dihidang.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment