RESEPI BINGKA UBI KAYU
Bahan-bahannya :
● 4 cawan ubi kayu yang telah diparut- toskan atas penapis santan selama 30 min utk buang airnya
● 2 cawan santan
● 2 biji telur
● 1 cawan gula pasir - kurangkan jika tak suka manis
● 4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan
● secubit garam
● sedikit pewarna kuning - jika suka
● 2 sudu makan minyak jagung untuk dileserkan pada loyang
Cara membuat:
1. Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
2. Campurkan semua bahan hingga sebati.
3. Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.
4. Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.
No comments:
Post a Comment