4 RESEPI LENGKAP NASI GANJA
MENU IDA SHAHIDA
ASSALAMMUALAIKUM ...saya menjemput kesemua teman teman dan follwers ke" fanpage "ida shahida' untuk mendapatkan info info tentang kewanitaan. Petua petua penyakit, hal ehwal agama islam dan resepi resepi masakan saya khususnya.
kepada semua teman teman yang baru bersama saya "selamat datang dan salam ukhwah dari saya.
sila klik link dibawah dan klik ' like ' untuk membolehkan anda terus bersama saya ida shahida.
4 Resepi lengkap NASI GANJA, AYAM GORENG BEREMPAH, KUAH KARI MAMAK DAN AYAM TANDOORI ( Panggang)
inilah resepinya NASI GANJA Istimewa dari saya untuk semua teman teman fb dan followers saya. sekali mkn anda pasti akan teringat ringat dah ketageh nk mkn lg....cubalah!! sbb tu nama dia....NASI GANJA!!
Makan ngan ayam goreng pun dah cukup sedap!! Buat lah ayam goreng biasa pun sedap..ayam goreng berempah pun sedap., ayam perapan yg goreng pun sedap..sbb nasi ini mempunyai rasa yang sedap!! Cuma kalau rajin abda bileh pelbagaikan lauknya...jng lupa buat dalca resepi saya tu...mashaallah sedapnya!! Sila cuba...RESEPI NASI GANJA IDASHAHIDA...Pertama kali saya perkenalkan pada umum sempena menyambut syawal 2015.
klu suka..lg mudah anda buat ayam goreng saje..tu pun dah sedap sangat sangat dah...sbb nasi ini dah cukup rasanya..
Nasi ganja( 5 org)
4 cawan beras ( disyorkan beras BASMATHI)
6 cawan air ( atau ikut je sukatan beras anda seharian)
( kalau beras basmati- 3 cawan=4 1/2 cawan air)
Bawang putih 4 ulas*
Bawang merah 8 ulas*
3 Kulit kayu manis*
3 Bunga lawang*
5 Biji pelaga*
3Bunga cengkih*
Rempah sup adabi 1 bungkus kecil*(serbuk)
6-8 titis pewarna kuning telor( bubuh sampai jadi warna nasi mcm saya buat tu)
Bahan2 yang bertanda * -ditumis dgn minyak masak sikit Dan campur minyak sapi sikit agak2 1/4 cawan
(dah siap tumis masukkan air bila dah didih masukkan beras..dan pewarna kuning telor 3 titis.kacau2 pastu masukkan
Cili sos maggi-6 camca besar
Sedikit garam gula Dan ajinomoto( jika suka)
masaklah macam biasa sedap dimakan dengan sambal ayam/daging/ masak merah/masak hitam/dalca
AYAM GORENG NASI GANJA
Satu ekor ayam potong 8/12 ketul
2 sudu serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sudu serbuk ketumbar ( jika suka)
1 sudu kecil jintan manis ( jika suka)
sedikit garam dan gula
3 tangkai daun kari dimayang
dikisar dng air
bawang merah 10
bawang putih 6
halia 2 inci
serai 2 btg
campurkan semua bahan kedlm mangkuk besar. pastikan adunan kental dan dapat menyalut isi isi ayam dengan sempurna.
dikacau.dah sebati rempah tu semua masukkan ayam. perap sekurang kurangnya 30 minit.klu lg lama lg bagus sbb lg sedap. pastu boleh lah digoreng dengan api yg kuat-sederhana - perlahan( main api supaya isi ayam didalam dapat masak sekata. klu tk control api dng baik nanti rempah yg diatas ayam tu hangus pula. jadi hati hati.
( jika anda ada oven atau microwave, boleh lah di ' cook' dahulu isi ayam tu selama 12-15 minit . bila dah 'cook'...keluarkan- pastu baru dimasukkan kedlm adunan rempah tadi- perapkan.( bila buat mcm ini baru isi .ayam betul betul masak sempurna dan cantik keadaannya bila digoreng dlm kuali- elak hangus dan tidak masak isi didalam)
KUAH KARI MAMAK( kuah taruh atas)
Resepi kari ( kuah mamak)
DiSbbkan kita hanya buat ayam goreng so kita perlukan kuahnya juga . Baru lah sedap. Ada kuah boleh taruh atas.
2 bungkus kecil Rempah kari ayam Allagapas/babas
1 bungkus kecil rempah kari ikan
1 sudu serbuk cili
( dicampur dan gaul dng air 1/2 cawan-pekat)
Di tumbuk-tumis
Bawang merah 5
Bawang putih 4
Halia 1 inci
1-2 kiub ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air 4 cawan
Minyak 3/4 cawan
Panaskan minyak dlm periuk.bila panas tumis bhn tumisan td. Bila dah harum masukkan rempah yg dibancuh td.
Pastu kacau kacau lah.bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya cepat cepat tambahkan air. Biar mendidih 2 kali.
Pastu masukkan kiub ayam,gula, garam, asam jawa paste 1/2 sudu atau air asam jawa pekat 1 sudu.
Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap.
Dah siap kuah mamak dan boleh taruh atas ayam.
( resepi kuah manak ini hanya perlu dibuat bila anda buat ayam goreng sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari manak lg.
Kari mamak ini juga jika suka abda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi. Baru masukkan air.
mai kita tengok pulak camana nak buat ayam tandori nasi kandar.sangat mudah.semua bhn dikisar halus dan dilumur pada ayam.perap 2-3 jam. Pastu bakar.
AYAM TANDOOOOORI
1 ekor ayam – belah 4@8
Rempah ratusnya:
1 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil garam
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk cili
1 sudu lada hitam( biji)
1 sudu serbuk lada sulah
2 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
1/2 cawan susu cair
1 biji buah lemon
6 tangkai daun ketumbar
10 tangkai daun pudina
3 sudu marjerin
2 sudu sos tiram
pewarna merah
1 sudu gula(jika perlu)
1 kiub ayam
( pewarna merah dimasukkan setelah semua bhn dikisar dipindahkan ke bekas perapan).
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment