Bersihnya hati; "Bahawasanya tidaklah kita hidup di muka bumi ini melainkan untuk menjadi hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى yang bertaqwa dan mencontohi yg mulia Nabi muhammad ﷺ. Alangkah rugi jika waktu yg singkat di muka bumi ini jika tidak digunakan sebaik mungkin."
"Hadith riwayat saidatina Aisyah r.a bahawasanya rasulullah saw bersabda; "Barangsiapa yg keluar dari rumahnya menuju ke suatu tempat utk tujuan menuntut ilmu, maka semua dosa-dosanya diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى."
"Dan setiap hari masa kita dikurangkan dgn tidur, kerja dan hal-hal lainnya. Adalah mungkin masa kita beribadah sedikit berbanding masa utk mencari nafkah. Kita kerja lapan jam kita mampu tetapi berzikir pada Allah سبحانه وتعالى sejam belum tentu kita mampu. Kita dengan dosa-dosa kita yang hari-hari bertambah, siapa tahu dgn duduk di majlis ilmu dosa2 kita blh diampuni dan dihapus oleh Allah سبحانه وتعالى."
"Sabda Rasulullah ﷺ; "Duduk di dalam majlis ilmu lebih afdal daripada solat seribu rakaat. Saidina Abu hurairah r.a. selepas wafatnya rasulullah, mendapati umat islam pincang setelah ditinggalkan oleh rasulullah. Dan akhirnya mereka lebih sibuk dgn urusan dunia sehingga sekarang ini dimana jumlah yg hadir di majlis ilmu lebih sedikit berbanding yg ke pasar-pasar shopping compleks."
"Ini kerana mereka telah melupakan perjuangan yg mulia Nabi Muhammad ﷺ. Saidina Abu hurairah kemudian pergi ke pasar dan mengatakan; "Wahai orang-orang yg berada di pasar, di masjid sedang dibahagikan harta warisan Rasulullah ﷺ."
"Orang-orang ketika zaman itu tahu rasulullah jika membahagikan hartanya tidak takut miskin, jika org lain sedekahkan seribu dinar, Rasulullah ﷺ sedekahkan satu lembah kambing-kambing."
"Maka jadi mereka berpusu ke masjid bg mendapatkan harta tersebut. Sampai di masjid yg ada hanyalah halaqah-halaqah ilmu sahaja, dan orang orang tersebut rasa tertipu dan mendatangi Abu hurairah dan mengatakan;"Apakah menipu begini akhlaknya Rasulullah ﷺ?"
"Saidina Abu hurairah r.a. menjawab; "Halaqah-halaqah ilmu inilah warisan Rasulullah ﷺ. Barangsiapa yang ingin dapat warisan nabi muhammad mestilah perlu selalu duduk di dalam majlis-majlis ilmu. ibadah tanpa ilmu tidak akan diterima oleh Allah سبحانه وتعالى. Kita adapun dalam majlis-majlis ilmu itu ada yg diterima dan ada yg tidak diterima. Kita betulkanlah niat utk duduk didalam majlis ilmu semata-mata utk mengharap redha Allah سبحانه وتعالى dan membanggakan Rasulullah ﷺ dgn mengerjakan sunnahnya."
"Didalam dunia ini tempat fitnah, tempat yg jahat, tempat org mengajak kpd maksiat. Al-habib Ahmad al-Attas mengatakan; "Kamu jadikan dunia ini ibarat tandas, guna yg seperlunya sahaja. selepas drpd itu sudah jgn diambil lagi kerana jika kita terus mengambil dunia maka kita tergolong dlm orang-orang yg celaka. Orang-orang yg cinta kepada dunia adalah orang-orang yg tertipu."
"Bersihnya hati seseorang itu terletak kepada enam perkara. Yang pertama, adalah tilawah baca Al-Quran dan tadabbur. Al-Imam As-shafie sehari semalam khatam dua kali Alquran tapi kita semakin jauh dari Alquran yang kebanyakannya sekadar jadi hiasan sahaja."
"Kita paling tidak pun sekadar kerap dibaca ketika ramadhan. Yakni para malaikat rahmah meminta izin pd Allah سبحانه وتعالى utk mendekati orang yg membaca Alquran. Didalam rumah yang dibacakan pdnya Alquran pasti dipenuhi malaikat-malaikat rahmat Allah. Maka kenapa rumah kita kadang-kadang tidak aman? rumah dipenuhi pertengkaran suami isteri? mungkin kerana rumah itu jarang sekali dibacakan Al-Quran."
"Yang kedua, kita banyak mengosongkan perut berlapar. Kita kosongnya perut membawa kita rajin beribadat Allah. buktinya alquran kerap dibacakan ketika ramadhan walaupun perut sdg lapar. Akan tetapu selepas berbuka sudah kurang alquran yg dibaca. Kerana apa kerana perut sudah kenyang."
"Yang ketiga, bangun di sepertiga malam dan kita biasa berwuduk sebelum tidur dan selepas bangun tidur kerana wuduk itu membangkitkan semangat kita utk beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى. Yang keempat adalah solat sunat fajar dua rakaat itu lebih utama dari mendapat dunia dan seluruh isinya."
"Yang kelima, selalu duduk dgn org yg soleh. Dizaman skrg nak cari org yg soleh solehah itu susah. Jadi cukup cari org baik yg menjaga lisannya, yg sering duduk dlm masjid, sering berzikir dan sebagainya. Kita sebut nama org soleh sahaja sudah diturunkan rahmat Allah سبحانه وتعالىapalagi bergaul dgn org soleh. maka mintalah kita dan anak keturunan kita utk menjadi org soleh dan solehah."
"Yang keenam adalah makan dari sumber yang halal. Dan ini hal yg paling utama kerana sumber makanan yg baik akan menjadikan hati yg baik. Dalam makanan yg haram ibarat najis. Sedangkan pakaian yg bernajis boleh buat ibadat yg kita lakukan ditolak, inikan pula darah daging kita yg bernajis krn mkn dari sumber yg haram. mungkin jasad kita juga akan ditenggelamkan dlm api neraka."
"Kita makanya perbanyakkan berdoa; "Ya Allah,kami tidak tahu jika dlm hasil kami ada yg haram, maka halalkanlah semuanya ya Allah." Dan begitu juga pentingnya baca doa makan, didalam doa makan rasulullah ajar doa utk dihindar dari api neraka krn disini Rasulullah ﷺ ingin mengajar bahawa, kebanyakan dari kita masuk ke neraka kerana perut yang makan dari hasil yang haram. Dan Zaman skrg terlalu byk makanan yang tidak ada halal certificate. Makanya jadilah kita orang yang warak, yg berhati-hati didlm memilih makanan bagi membersihkan hati."
Daripada Al-Habib Hamid Naufal Bin Alwy Alkaff.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment