19 August 2015

Adab kepada Allah; Sesuatu yang menyalahi adab kita kepada Allah سبحانه وتعالى, apabila seseorang itu mempersoalkan ketentuan Allah سبحانه وتعالى.

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Adab kepada Allah; Sesuatu yang menyalahi adab kita kepada Allah سبحانه وتعالى, apabila seseorang itu mempersoalkan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Kenapa dia dapat, kenapa saya tak dapat. Kenapa dia naik pangkat, kenapa saya tak naik pangkat. Kenapa dia naik gaji, kenapa saya tak naik gaji. Kenapa dia dapat lebih, kenapa saya tak dapat lebih."

"Maka ulama' mengatakan protes-protes yang sedemikian di khuatiri membawa seseorang dalam lembah kekufuran. Seorang yang protes-protes bermakna dia mengingkari Allah سبحانه وتعالى.
Dia mengingkari satu sahaja sifat Allah, maka dia boleh jatuh kedalam lembah kekufuran."

"Dia berkata mana keadilan Allah سبحانه وتعالى, kenapa saya sahaja di beri sakit kenapa orang lain tak diberi sakit. Ketahuilah, merungutnya itu bukan rungutan biasa-biasa akan tetapi ada kene mengena dengan akidah. Orang yang tak belajar ilmu tauhid, ilmu akidah, di khuatiri rungutan-rungutan terhadap apa yang menimpa dirinya takut-takut akan mencemarkan akidah."

"Akan merosakkan jiwanya.
Jika akidah rosak maka tidak ada lagi kusyuk, tidak ada lagi kelazatan ibadah, kemanisan iman. Manusia tidak berhak menanyakan bagaimana dan juga kenapa, protes Allah سبحانه وتعالى. Ini adalah ketetapan Allah سبحانه وتعالى, tiada campur tangan apa yang di tentukan oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Kita serahkan apa yang ditentukan Allah maka kita akan tenang dan redha. Kerana kita mengetahui yang mengaturkan itu yang Maha Adil, Yang Maha Bijaksana. Yang mengagihkan rezeki berapa banyak bahagian yang kita dapat, berapa banyak bahagian si fulan dapat, yang aturkan ini adalah yang Maha Bijaksana."

"Sesuatu yang menyalahi adab dengan Allah سبحانه وتعالى juga apabila seseorang itu berkata, Saya belum dapat lakukan perintah Allah سبحانه وتعالى kerana saya tengah tunggu hidayat, tunggu seru, belum sampai seru lagi."

"Tidak. Tidak. Seperti mana yang kamu faham rezeki itu perlu di usahakan, bermujahadah, kadangkala manusia keluar sebelum subuh, balik malam lagi untuk mendapatkan rezeki , itu rezeki zahir bagaimana pula dengan rezeki batin yang lebih penting lagi. Perlukan hidayah, perlukan Ilmu. Perlu mujahadah."

"Pada zaman sahabat Rasulullah ﷺ, sahabat sahabat yg miskin telah datang berjumpa dengan Rasulullah lalu berkata; "Ya Rasulullah, orang orang kaya ini telah melebihi kami dalam hal hal kebajikkan. Mereka dikurniakan fulus wang untuk diinfak fisabilillah. Mereka boleh bersedekah, dalam pada itu mereka beramal sepertimana kami beramal."

"Kami solat & mereka juga solat. Kami berpuasa wajib & mereka pun berpuasa wajib. Berpuasa yg sunat & mereka juga berpuasa yg sunat. Maka drpd amal kebajikkan kami sama, Ya Rasulullah tp mereka mempunyai harta utk berinfak fisabilillah."

"Rasulullah ﷺ berkata; "Aku akan memberikan kamu beberapa zikir, bilamana kamu mengamalkan zikir ini, maka tidak akan ada seorang pun yg akan melebihi kamu melainkan diri kamu sendiri." 

"Maka Rasulullah menghadiahkan zikir yg berbentuk tahnid, berbentuk tazkir. Kemudian setelah beberapa tempoh masa, sahabat sahabat yg miskin ini sekali lagi berjumpa dgn Rasulullah lalu berkata; "Ya Rasulullah! Skrg ini sahabat sahabat dapat tahu, amalan zikir yg kamu hadiahkan kpd kami, kaum yg melebihi kami itu telah pun dapat tahu mengenai zikir yg kamu hadiahkan." 

"Lalu mereka mengamalkan. Sekali lagi kami telah sama dgn mereka Rasulullah. Bagaimana mereka dapat tahu tentang amalan itu? Bagaimana sekarang, Ya Rasulullah?"

"Rasulullah ﷺ berkata; "Ini semua adalah kurniaan daripada Allah سبحانه وتعالى yang mana Allah memberikan kelebihan kpd sesuatu yang lain dimana nikmat itu tidak dimiliki oleh kaum yg lain." Para sahabat yang miskin itu redha dgn pembahagian rezeki yg diatur oleh Allah سبحانه وتعالى. Ini adalah ketentuan Allah."

"Allah سبحانه وتعالى yang Maha Adil, Yang tidak akan menzalimi walaupun satu zarah pada hambanya. Dan janganlah kamu berputus asa daripada Allah سبحانه وتعالى,kerana yang berputus asa itu adalah daripada kalangan orang-orang yang kafir."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment