share dari link blog ~ http://diarikurus.com/3-resepi-smoothies-untuk-diet-anda/
Lemak badan yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, hati berlemak, dan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser. Makanan yang kaya dengan serat membuat anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lama, dan ia juga membantu anda menangani ketagihan makanan. Makanan yang kaya dengan serat adalah pilihan yang ideal untuk golongan yang menghadapi masalah sembelit.
Makanan protein sangat sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berta badan dan pada masa yang sama ia mampu mengekalkan jisim otot. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan memberi tenaga yang cukup untuk aktiviti harian anda.
Jika berat badan yang berlebihan adalah menjadi masalah anda, jadi kelaparan adalah perkara terakhir yang perlu anda lakukan. Jadi anda perlu mengubah menu sarapan anda dengan mengamalkan minum smoothies yang super lazat setiap pagi. Disamping itu, anda dapat turunkan berat badan secara semulajadi.
Memandangkan sarapan pagi adalah penting, maka sangat sesuai dengan menjadikan smoothies ini sebagai menu sarapan harian anda. Smoothies bukan sahaja memberikan rasa yang enak tetapi ia juga dapat menigkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.
Disini saya sertakan 3 jenis resepi smoothie yang sangat sedap untuk proses penurunan berat badan tanpa apa-apa usaha yang khusus.
Smoothies 1:
Bahan-bahan:
1 biji pisang
1 biji oren
2 sudu besar badam (dihancurkan)
2 sudu besar biji flaks
2 buah ara segar atau kering
1/3 cawan air
penyediaan:
campurkan kesemua bahan dan kisar sehingga sebati dan berkrim. Selepas itu tuangkan ke dalam gelas dan anda boleh terus nikmati smoothies yang segar.
Nota: Jika anda menggunakan buah ara kering, rendam dalam air selama setengah jam sebelum menggunakannya.
Smoothies 2:
bahan-bahan:
1 cawan raspberi
1 biji epal
1 biji pisang
½ biji lemon
1 sudu besar biji flaks
penyediaan:
Kisar semua bahan sehingga sebati dan anda boleh nikmati terus rasa smoothies yang segar.
Nota: Jika anda menggunakan epal organik, jangan kupas kulit epal.
Smoothies 3:
bahan-bahan:
2 biji kiwi
1 biji pisang
½ biiji epal
1 biji oren
1 sudu besar biji flaks
1 sudu besar hazelnuts
penyediaan:
Kisar semua bersama-sama sehingga sebati. Nikmati minuman smoothies yang segar.
Antara khasiat bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan smoothies:
Pisang
- pisang mengandungi kandungan. Kalium merupakan mineral penting bagi tubuh yang diperlukan untuk membantu sistem pencernaan agar berfungsi dengan baik. Kalium juga sangat penting dalam menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh sehingga akan membantu diet agar berjalan dengan lancar.
Buat tin/ara
- Kandungan omega 3, 6 dan kalium, fenol dan magnesium di dalam buah tin membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan menjaga dari serangan jantung
Oren
- oren kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.
Epal
- Apel mempunyai kadar lemak yang rendah tetapi serat yang ada dalam buah apel sangat tinggi, serat ini akan membantu Anda merasa cepat kenyang.
Badam
- Badam mengandungi paras antioksidan yang kuat, yang melindungi tubuh pada tahap yang berbeza. Mereka menyahaktifkan radikal – sebatian memusnahkan sel yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser, angin ahmar, dan kerosakan kulit.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment