10 August 2015

HINDARI DARI ORANG YANG NEGATIF 1,2,3

share dari link fb ~ Dr Zubaidi Hj Ahmad
HINDARI DARI ORANG YANG NEGATIF
Sesetengah orang, sama ada rakan sekerja, teman sekampung, kawan satu surau, sanak saudara, suami atau isteri, dan adik beradik sendiri, mempunyai personaliti negatif, yang mana mereka sendiri tidak menyedarinya.
Mereka sentiasa melihat pada sisi negatif suatu perkara. Malah jika suatu perkara itu sedang berkembang dan menunjukkan tanda-tanda positif, mereka masih melihat sisi negatif.
Sebagai contoh jika satu perniagaan sedang berkembang, mereka berkata "Alah, tak lama lagi bangkrap lah tu".
Jika mereka melihat seorang yang menunjukkan perubahan positif dalam kelakuannya, mereka berkata " Ini lakonan saja.."
Kata-kata ini bukan saja menunjukkan mereka sedang stress, mengalami kekecewaan, atau sedang marah dengan ujian yang mereka hadapi.
Ia menunjukkan pemikiran negatif sesetengah orang, yang mengganggu jiwa kita yang mahukan kehidupan yang positif, kehidupan yang gembira, bersangka baik dan sentiasa bersemangat.
Kita perlu berhati-hati bila bergaul dengan orang-orang negatif ini kerana pendapat dan sikap negatif ini sangat berbahaya dan berjangkit.
Pemikiran negatif akan menyebabkan kita tidak berkembang, sentiasa takut pada perubahan dan sentiasa dalam keadaan marah dan tidak berpuas hati. Kita tidak akan rasa bahagia.
Cara terbaik ialah dengan menghindari orang-orang seperti ini dan tinggalkan perbualan dengan mereka, jika perlu.
Tidak bergaul dengan orang yang berfikiran negatif, tidak bermakna kita tidak menyukai mereka, atau bahawa anda ingin memutuskan siratur rahim dengan mereka.
Ia hanya bermakna kita mengambil berat tentang diri kita sendiri, yang sebahagian dari ciri takwa.
Hindari dari pemikiran negatif yang cuba disuntik oleh mereka melalui perbualan, kerana jiwa yang negatif tidak akan dimasuki oleh pemikiran yang positif.

HINDARI ORANG YANG NEGATIF 2
Antara sifat yang negatif yang mungkin mengganggu kehidupan kita ialah orang yang sukar kita puaskan hatinya.
Apa yang kita lakukan, mereka akan tetapi memandang sisi negatif kita, menyindir kita, memarahi kita (jika posisinya lebih tinggi dari kita), dan sentiasa melihat kita dengan muka yang marah atau menyampah.
Sepanjang kehidupan kita, kita akan jumpa orang akan cuba menjatuhkan kita, tidak menghormati kita dan tidak melayan kita dengan baik tanpa sebarang sebab sama sekali
Jika kita tidak mampu untuk terus memujuk mereka, (seperti mana yang pernah dilakukan oleh rasulullah terhadap penentang-penentang dakwah baginda), kita hindarilah mereka. Jika jumpa pun, berilah salam dan terus tinggalkan mereka. "Hey-hey, bye-bye"
Jangan buang masa dengan menghabiskan masa untuk memenangi hati mereka atau pun menggembirakan hati mereka.
Buatlah perkara lain yang lebih memanfaatkan kita, dan lupakan saja kata-kata negatif yang kita terima dari mereka. Tak perlu buat a

HINDARI DARI ORANG YANG NEGATIF 3
Ada orang yang langsung tidak pernah memberikan kita semangat atau harapan bila kita bercita-cita tinggi. Mereka selalu menganggap kita tidak mempunyai potensi untuk berubah atau berjaya.
Mereka selalu menganggap bahawa segala pekerjaan sukar dilakukan, semua rancangan mustahil dilaksanakan dan semua impian adalah suatu yang tidak boleh dicapai.
Apabila orang lain membuktikan kejayaan mereka, maka ada kata 
seperti "Dia bolehlah anak orang kaya..", atau "Dia berjaya sebab..."
Pada hal, mereka orang yang tidak berani untuk bercita-cita dan berimpian. Malah mereka tidak pernah melakukan apa-apa untuk berjaya.
Bergaul dengan orang-orang ini seperti ini akan menghukum potensi kita dengan perlahan-lahan. Kata-kta mereka ibarat pemadam api yang akan memadamkan wawasan kita, pada hal kita mampu mencapainya.
Bagaimana untuk mematahkan hujah mereka. Katakan "belum cuba, belum tahu.." atau " untuk mendapatkan takdir yang baik, kita harus berusaha yang terbaik.."
Anggaplah kata-kata mereka sebagai cabaran.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment