RESEPI KETAM BERLADA
Bahannya:
● Ketam dikerat 2 atau 1 ekor
● Pes cili (4 sudu)
● Bawang merah (4 ulas)
● Bawang putih (1 ulas)
● Bawang besar dipotong ulat (1/2 biji)
● Air asam jawa (secukupnya)
● Garam (secukup rasa)
● Gula (secukup rasa)
● Minyak untuk menumis (secukupnya)
Caranya:
1. Tumis bawang putih (diketuk) hingga wangi, diikuti dengan bawang merah (dipotong halus).
2. Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan garam dan gula. Kacau sebati.
4. Masukkan bawang besar. Biar hingga bawang besar layu.
5. Masukkan ketam dan air asam jawa. Kacau sebati.
6. Tutup kuali supaya ketam masak sekata.
7. Kacau hingga pecah minyak sebelum dihidang.
selamat mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment