20 August 2015

Ibadah itu Cinta; "Qiyammullail ini adalah nikmat daripada Allah سبحانه وتعالى. Kalau qiyammullail ditinggalkan, anda sebenarnya telah mengharamkan pemberian yang begitu besar daripada Allah kepada diri anda. Rasulullah ﷺ menyatakan bahawa kebahagiaan dan ketenangan jiwa itu boleh diperolehi dengan solat malam."

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Ibadah itu Cinta; "Qiyammullail ini adalah nikmat daripada Allah سبحانه وتعالى. Kalau qiyammullail ditinggalkan, anda sebenarnya telah mengharamkan pemberian yang begitu besar daripada Allah kepada diri anda. Rasulullah ﷺ menyatakan bahawa kebahagiaan dan ketenangan jiwa itu boleh diperolehi dengan solat malam."


"Di Dalam hadis, Nabi ﷺ bersabda bahawa; "Dan orang yang bangun Qiyyamullail akan bangkit dalam keadaan jiwa yang baik dan tubuh badan yang segar." Perhatikan bagaimana Nabi kaitkan antara kebahagiaan jiwa dengan tubuh badan yang sihat. Sebaliknya pula, orang yang tidak bangun malam, maka dia bangkit dalam keadaan jiwa tak baik dan malas."


"Bilamana jiwa seseorang tidak baik dan malas, maka dia akan susah diajak beribadah, tak nampak kebaikan pada diri, dan akhlaknya. Apabila dia memberi bahagian jiwa dengan Qiyyamullail, jiwanya akan baik dan semakin banyak beribadah dan menteladani Rasulullah ﷺ."

"Tidak dinafikan lagi bahawa Allah سبحانه وتعالى menurunkan rahmat itu pada kamu yang meraikan rasulullah ﷺ didalam dalam majlis seperti ini. Majlis-majlis seperti ini dan seumpamanya adalah pembuka kepada curahan rahmat Allah sepertimana turunnya hujan ke muka bumi ini."

"Bagi mereka yang hati dan jiwanya tersinari dengan amalan-amalan zikir, mereka akan merasakan acara ini seperti hidangan yang mewah dan yang dicari-cari, iaitu hidangan yang memuaskan hati dan jiwa mereka. Mereka lebih menyukai majlis ini daripada suka kepada majlis-majlis yang melalaikan."

"Kita lihat bagaimana seseorang yang suka tengok bola. Walaupun tengok tiga jam sekalipon, dia tak rasa bosan pun, walaupun perbuatan itu tidak memberi makanan kepada jiwanya. Bilamana anda mendapat rahsia didalam majlis ini, anda takkan rasa bosan walaupon kena duduk didalam majlis ini sehingga fajar." 

"Di Mesir, ada majlis zikir yang dibuat selepas Isyak sehingga waktu Fajar, sepanjang malamnya dipenuhi dengan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Kenapa mereka boleh tahan berzikir sebegitu lama?" Sebahagian daripada kita mungkin bertahan selama enam jam dan akan merasa bosan selepas itu. Akan tetapi sebahagian yang lain yang menemui rahsianya itu takkan pernah merasa bosan."

"Secara amnya, ada manusia yang mempunyai kelebihan iaitu mereka tak merasa bosan kerana telah menemui rahsia ibadat tersebut. Begitu juga dengan amalan solat biasa. Oleh sebab itu, kita tidak perlu hairan apabila mendengar bahawa Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani itu solat seribu rakat pada waktu malam."

"Ini kerana dia suka melakukannya dan telah menemui rahsia solat dan dengan itu tidak merasa bosan dengan ibadah itu. Kita pun tak merasa hairan jika orang seperti Imam Ali Zainal Abidin yang bangun solat seribu rakaat setiap malam, kerana mereka telah menjumpai rahsianya. Kita hari ini lima puluh rakaat pun takkan tahan dan akan mula mengelak mencari amalan selain solat selepas itu."

"Syeikh Nuruddin, yakni guru kepada Imam Asy-sha’roni menceritakan; "Bahawa beliau berselawat lima ratus ribu kali pada setiap malam. Kenapa dia boleh melakukannya? Kerana dia sukakan kepada selawat itu. Kita pula hari ini, selepas lima ratus kali sudah rasa bosan, bahkan tasbihnya pun dilempar jauh-jauh."

"Kenapa? Kerana dia tak sukakan kepada selawat itu. Jika dia menyukai dan menghayati selawat itu, maka dia akan boleh menyamai seperti Syeikh Nuruddin. Al-Imam Abu Hanifah membaca dan mengkhatam Quran dalam masa dua rakaat tanpa rasa bosan, ataupun mengheluh."

"Kita pula bagaimana? Berapa juzukkan kita tahan membacanya setiap hari? Kalau anda tergolong dalam kumpulan yang asyik baca Quran sampai terlupa aktiviti lain, maka terimalah berita gembira bahwa anda adalah orang-orang yang tinggi darjatnya."

"Seorang ulama besar di Hadramaut, bernama Al-Habib Hasan bin Soleh Al-Bahra, membaca sembila puluh ribu kali surah Al-Ikhlas sehari. Sembilan puluh ribu, bukan sembilan ribu! Berapa kalikah anda membacanya? Surah ini pendek, mudah dan disukai Allah سبحانه وتعالى." 

"Keberkatannya akan membawa pelbagai anugerah dan menyamai satu pertiga Al-Quran. Surah ini mudah dibaca dengan lidah berbanding surah lain. Setiap surah ada keistimewaan tersendiri, bahkan setiap ayat juga. berapa kali anda dan saya membacanya? Jika dibaca, anda akan menjadi orang yang dikasihi Allah سبحانه وتعالى."

"Oleh kerana itu, bila bangun malam, jiwa kita sukakan ibadah seperti itu dan hati kita akan tersinari dengan ibadah itu. Bila kita sukakan kepada ketaatan dan suka membaca Al-Quran, maka pada hakikatnya rahsianya adalah anda cintakan Zat yang menciptakan ibadah itu iaitu Allah سبحانه وتعالى. Inilah bentuk-bentuk anugerah batiniah, yakni sinar ibadah simbol kecintaan yang mudah dan ringan untuk kita mendapatkannya."

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment