Solat yang Terluput; "Solat yang terluput yakni solat qadha. Lebih afdhal seseorang itu melakukan solat qadha' dari solat sunat. Menyegerakan melakukannya adalah dituntut. Dalam hal ini, dia dapat tujuh puluh kali ganda."
"Sebahagian orang dia ada qadha, tapi dia kata aku suka solat sunat, Maka ini adalah sebahagian dari penipuan syaitan. Kerana qadha itu lebih baik dan afdhal dari solat sunat sebanyak tujuh puluh kali ganda jadi kenapa engkau mahu tinggalkan qadha ini."
"Seperti orang yang solat sunat sebelum subuh. Dia ada qadha akan tetapi nafsunya berkata solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya. Sedangkan solat sunat qadha' lebih baik dari tujuh puluh dunia dan seisinya, tak akan satu dunia lebih baik daripada tujuh puluh dunia?"
"Seperti yang dikatakan Al-Imam Al-Ghazali Rahimullah, Ini adalah helah nafsu dan penipuan syaitan . Syaitan menjadikan manusia melakukan amalan yang sedikit seperti solat qadha dan sunat."
"Sebahagian orang melakukan solat sunat dari solat qadha . Ini jika dalam penglihatan para Wali ini seperti orang gila. Bagaimana dia tinggalkan tuju puluh kali ganda dengan dua rakaat."
"Sebagai contoh kalau ada peniaga didunia yang beli barangnya dengan tujuh puluh dirham dan ada orang lain nak beli dengan dua dirham kemudian peniaga ini pergi pada yang dua dirham . Maka peniaga-peniaga lain lihat dan mengatakan peniaga ini gila kerna dia tidak tahu cara jual beli, sudahlah cukuplah jangan bagi dia berjual beli lagi. "
"Ini menjadikan syarikatnya rugi kerna bagaimana dia boleh tinggalkan untung seperti ini. Begitu juga solat qadha. Bagaimana kita boleh tinggalkan solat qadha yang tujuh puluh kali ganda dengan pahala solat sunat sahaja."
"Begitu juga dengan bersiwak sebelum solat. Bagaimana kita boleh tidak bersiwak sebelum solat sedangkan ianya pahala menyamai tujuh puluh kali ganda solat jika bersiwak."
Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment